Thursday, December 29, 2011

peduli apa aku

satu hari nda makan nasi, minum air pun nda da.
end up kena maki dalam kereta. huh memang **** laa.
sayonara B***H

Thursday, December 15, 2011

bercinta dengan awan,
bermesra dengan bulan,
berdua dengan angin,

bermadah dengan bintang,
berangan dengan langit,
bergurau dengan hujan,

berkasih dengan Tuhan,
berjanji dengan hati, tiada toleransi pada korupsi.


Tuesday, December 13, 2011

cubit paha kanan...

hari ni aku bertambah faham kenapa my mom selalu risau dan gundah gelana bila ada anak dia yang buat hal atau ditimpa hal...hehe.
sebabnya...
- my mom sayang anak-anak dia. walau bukan jasad sendiri yang ditimpa masalah, tapi hatinya terasa juga beban masalah dan malah lebih risau dan resah lagi. Alhamdulillah.
- my mom laa segalanya. lepas tu my dad. teringat pula iklan SSPN hari raya ari tu.
- bila kita nda paham apa yang our mom rasa, mungkin kita akan fikir dia overacted atau emosional lebih. emosi itu perkara biasa laa for girls (bukan stereotype). and my abang akan selalu cakap "nda da apa2 bah tu."
- kadang2 aku rasa, "dorang besar bah suda, pandai2 laa dorang tanggung." tapi hakikatnya, bila sudah sayang, besar atau kecil anak itu, hati tetap sama. risau tetap ada. i love u, mom.


sebabnya lagi...
- hari ni dia 'eksiden'. langgar motor orang. cemas, risau... adoiiiii. kesian dia. Sampai laa hati orang tu buli dia. Orang tu yang salah, sudah lah kurang pandai (dlm bab2 peraturan jalan raya) lesen mati pula dan tidak bayar saman. suka hati ja cakap dia yang salah. adoiii. orang minta maaf tidak berkemampuan akal dan fizikal tuk tolong dia.
-dia cakap, encik polis cakap dia 'inesen' dan senang kena tipu. hehehe memang. kesian dia. orang tidak mampu tolong. minta maaaaaaaaaf sangat2. rasa macam nda mau bagi dia kuar rumah. duduk ja di umah dia tu supaya tiada lagi 'eksiden2' ni.


paha kiri terasa sama sakit.

pssstttt...kalau nda lesen ka lesen mati ka atau nda takut mati ka, tuluuuuuunnggggg laaa! jgn laa menyusahkan orang lain.

Friday, December 9, 2011

explen explen...

aduiiii malas betul aku mau layan...


ada benda yang memerlukan penjelasan panjang lebar, ada yang cukup dengan sebaris ayat dan ada yang tidak wajib untuk kita explen kan.



contohnya;

1. kenapa aku hensem.

explanation : bla bla bla bla bla blaaaaaaaaa...bla bla. bala krishnan bla..dan bla bla lagi. (panjang kan kan kan)

2. kenapa budak tu tidak hensem.

explanation : sebab dia buruk perangai.

3. kenapa aku on9 membelakang arah lain dan bukan arah ni atau arah itu., kenapa tak duduk atas tilam tapi atas lantai yang sejuk., kenapa kenapa kenapa.

explanation : tolong laaa nda kan laa suma benda pun mau di persoalkan, suma pun mau explen.

penat laaa. adoii.



pstttt....kita bukan suami isteri, atau anak n mak, atau adik abang kakak, atau nenek cucu.

Monday, December 5, 2011

home sick..

kesian~~~
kata orang kalau sedih baru mau ingat rumah. macam sekarang ni laa..
selesema and batuk2 + nda makan nasi for the whole day (4th dec 2011). kesian perut aku.
ari ni perut kena isi dengan 2biji buah lai ja. manisss. secawan kecil air teh dan sekotak air susu soya.
alhamdulillah.
syukur walaupun laaapaaaarrrrrr. sebab ada orang lain yang lebih malang lagi.

apa pun, ada benda lain yang lebih penting untuk diserabutkan dalam otak. nite

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha...

Puji-pujian pada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya.
Salam aidiladha pada teman, semoga amal dan ibadah kita diterima Allah S.W.T.


1. walaupun cuti raya haji + cuti mid term tidak seperti yang dirancang, namun pagi raya ini indah dengan puji-pujian pada Allah yang Esa dan kehadiran si dia.
2. first time tengok orang sembelih lembu, thank you dia. Alhamdulillah.
- banyak hikmahnya bila kita buka hati buka akal. terasa kerdil diri bila melihat ibadah korban disertai puji-pujian pada Tuhan yang menciptakan kita.
3. sesungguhnya mati itu pasti.
-makes me lebih menghargai hidup dan mensyukuri tiap yang dikurniakan Allah S.W.T kerana aku juga bertuah seperti orang lain. Syukur pada Tuhan.

pssttt.... hidup lebih bahagia kini seperti langit yang tenang selepas ribut.

Wednesday, September 21, 2011

macam mana rasa kalau...

aku selalu fikir macam mana kalau aku ditempat orang lain. macam mana rasanya..
dan, aku selalu pikir macam mana rasa kalau..

1) aku kacak macam orang lain.
2) aku hot macam orang lain.
3) aku menjadi perhatian macam orang lain.
4) aku boleh ingat kes dengan senang macam orang lain.
5) aku pandai macam orang lain.
dan banyaaaaaakkkkkkk lagi...
tapi ini tidak bermaksud aku tidak bersyukur dengan apa yang ada. cuma kadang-kadang terlupa pada nikmat yang dikurnia Illahi. aku bahagia dengan rasa sayang.

psstttt...i love my parents, i love my adik beradik. i love u. i love me. i love anuar zain, salah taip lak..

Sunday, September 18, 2011

aku

kalau bicara soal hati, macam-macam ragam yang timbul. perlu juga sedar, hati itu sesungguhnya berubah-ubah sifatnya. dan, tiada apa yang kekal selamanya walau diikat dengan janji.

bila bicara soal hubungan, mungkin timbul soal siapa akan meninggalkan siapa. sebenarnya, tidak penting siapa yang pergi siapa yang tinggal tapi fikirkan apa dan siapa penyebab perpisahan. yang pergi tidak semestinya membenci, yang tinggal tidak semestinya setia.

psttt...aku undur diri untuk mengelak benci. diam.

Friday, September 2, 2011

salam aidilfitri.

Alhamdulillah, cukup puasa sebulan dan mampu mencapai syawal tahun ni.
Salam aidilfitri, selamat berhari raya pada kawan dan teman. Mohon ampun dan maaf tersasul kata, terkasar bahasa. Mohon segala silan dan salah dimaafkan dari awal perkenalan hingga ke akhirnya.

Semoga Allah S.W.T. menerima amal dan ibadah ramadhan kita. Aminn.

Sunday, August 21, 2011

i love you.

akan ada waktu dan persimpangan kita disoal "siapa yang tersayang?".
sebagai Abdullah, hamba Allah S.W.T cinta pertama kita mestilah pada Tuhan yang menciptakan kita. Tiada Tuhan selain Allah S.W.T.

Namun sebagai manusia biasa, susah untuk lari dari hakikat kita mencintai hamba Allah yang lain sepenuh jiwa. Dan, kadang-kala apabila terpaksa memilih antara dua, kita lebih terikat pada duniawi.

Aku juga manusia biasa, iman cuma seteguh dahan nan rapuh. Jadi aku memilih mencintai mereka yang mencintai aku seadanya aku. Ibu bapa aku, abang-abang aku dan adik-adik aku.
Gaduh dari kecil, merajuk hari-hari, marah hari-hari tapi esoknya masih tersenyum padaku. Masih sayang.

Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat Mu ya Allah jauhkanlah kami dari azab seksa neraka MU ya Allah. Amiin ya Rab.

Thursday, August 18, 2011

aku...

hari ni, its all about me.. hehe not really lah.

siang, tension dengan reigstration untuk elektif paper. nda dapat ambik apa yang aku mahu. Y.Y
ok terima kenyataan, tiap-tiap semester macam tu.

duduk depan cermin dan ingat pesan scandal, eh sasul, kawan, think positive sebab positive thinking akan menarik positive effect hehe. ntah.

tiba-tiba petang pula, adoiii. aidilfitri mungkin 30hb8.. dan aku dengan segala kebodohan yang amat beli tiket balik 7hb9. WHY..???!!!!!
"rasa laa ko oren!"

now, pukul 10.17pm. malam ramadhan 19. tengah duduk depan laptop abang tiba-tiba ada orang pasang lagu " aku inginkan dirimu, hadir dan temani aku...." ok i hate this song tiba-tiba. tiada kerja lain kah pasang lagu kuat-kuat malam camni. adoiiii luluh hati aku dengar lagu ni.

pssttt..i'm tired. penat otak, penat hati, penat penat.. dahi berkedut-kedut sudah ni tension. macam orang tua sudah muka ni.

Thursday, August 11, 2011

adoiiii...

apa ada dalam otak hari niii

1. hari raya tahun ni nda sama dengan tahun sebelum ni. ada yang kurang, ada yang tiada.
2. nda mau any relationship lagi. aku nda sesuai tuk apa-apa jenis relationship hoho.
3. komitmen masa depan telah ditetapkan untuk adik-beradik dan parents. masalah ni nda akan selesai.
4. need to stop running away dari masalah. sebab ada masalah yang aku nda boleh lari. bak kata shin chan "majalah keluarga". yup, nda boleh lari dari "majalah keluarga". i'm part of it. adoiii
5. baru puasa hari ke 11, kenapa laa jiran ni pasang lagu raya kuat-kuat. adoiii aku nda suka lagu raya, not in this mood bila hari raya macam nda ada tahun.

pssssttt...i'm sorry.

Tuesday, August 9, 2011

umur bukan sekadar nombor.

sesetengah orang kata, umur sekadar angka. yang penting jiwa yang muda selalu hehe.
tapi..

1. dulu masa budak, aku nda pernah tahu atau diberitahu masalah atau terbeban dengan masalah dalam keluarga. tapi sekarang, aku juga perlu memerah otak dan tenaga.

2. dulu nda wajib puasa hehe, sekarang wajib ok.

3. dulu masa budak senang ja buat kawan. jumpa ja mana-mana budak umur sebaya boleh terus panggil kawan. tapi sekarang, kawan mengumpat kawan inikan pula mahu percaya orang lain.

4. dulu masa budak its ok bila kena tipu sebab nda terasa sakit hati. tapi sekarang, susah mahu percaya orang lebih-lebih lagi lepas first love. broken heart lebih senang sembuh berbanding broken trust.

pssttt...kadang-kadang terasa seperti sudah jatuh lepas tu ditimpa tangga. mungkin diri ni lupa Tuhan sebab tu masalah datang bertimpa-timpa. ya betul bumi mana tidak ditimpa hujan, tapi setiap yang berlaku ada sebabnya. life must go on.

Monday, August 8, 2011

komen-koman di fb

so???
komen ja pun bukan phone call.

kalau nda reply nanti orang cakap sombong pula. ingat fb tu bapa aku punya, boleh larang apa orang lain mahu buat.

huh!
buat ja lah apa kau mahu buat. aku nda kisah sudah. penat sudah aku minta perhatian.

tips buat yang berkenaan, if somenone merajuk to you... belitkan lidah anda, gunakan setiap peluang walau sekecil semut untuk menampakkan bahawa si perajuk yang bersalah. hahaha selamat breakup.

pstttt, i'm single. anyone?

Sunday, August 7, 2011

jeles

aku ada kenal seorang makhluk Allah ni. mau cakap kawan, boleh laa kata kawan tapi bukan kawan baik. mau kata sahabat, ermm bukan kali sebab sahabat tidak mengumpat sahabat (alaaa aku pun penah umpat dia hoho)

tapi satu yang pasti, aku selalu cemburu aka jealous dengan dia.

1. dia macam tiada masalah.
2. dia kulit yang best.
3. dia ada orang yang betul-betul sayang dia.
4. dia happy dengan hidup dia.
5. dia boleh dikatakan baik. (entah)
6. aku jeles dengan dia..

psssttt..bf dia hensem (i think)

Saturday, August 6, 2011

luv no one, but urself..

adoiii.. siapa bah yang cakap " love no one but yourself"..?

kadang-kadang ada betullnya, tapi berpada-pada lah. sayang pada seorang manusia yang lain harus berpada-pada. tiap perkara itu ada batasnya.

contohnya.
1. jangan disebabkan sang kekasih, anda sanggup beli tiket awal.
- sebabnya, kalau laa, kalau, dia kala cuti itu tiba-tiba putus hubungan. adoiii, menyesal tak sudah beli tiket awal kan. plan pi dating, sekarang jadi ikan kering sebab boring.

2. jangan pindah rumah sebab ikut kawan atau kekasih (bahaya ni).
-sebabnya, kawan boleh putus dan tunang pun boleh putus inikan pula kekasih. so sekarang macam mana ni? "tinggal bawah jambatan laa tunggu jumpa rumah baru." *adoiii

bah cukup lah dulu..

Tuesday, August 2, 2011

tips memujuk..

salah satu sebab-sebab orang merajuk ; minta kena pujuk laaaa....
dengan itu mari kita tengok sedikit cara untuk memujuk mereka-mereka yang sedang merajuk.

1. diam ja bila orang yang merajuk tu mengamuk dalam phone.
2. lepas dia letak phone sebab sakit hati, biarkan. jangan hantar mesej atau call dia balik.
3. dia akan call balik. (minta dipujuk) sekarang, cakap segala sebab musabab atau alasan anda yang berkaitan. kalau anda pakar, buat macam dia merajuk tidak bertempat.
4. lepas dia letak phone, hantar mesej minta dia jangan marah kepada anda..please~~~
5. selepas beberapa jam (2jam), hantar mesej, masih marah kaaa..?
6. kalau tiada balasan atau respon dari orang yang merajuk, biarkan....
7. dan... pastikan ego anda menang.

tahniah, anda telah berjaya untuk tidak memujuk. terima kasih daun keladi, nanti baca lagi.

pjj - perhubungan jarak jauh =p

hohoho.. marhaban ya ramadhan, hari ni 2nd ramadhan. harap-harap puasa ni dapat pahala dan bukan lapar semata-mata.

ok jom cerita pasal PJJ ni.
satu perkara yang paling problem pjj is bila salah seorang merajuk. disini bermula keadaan dimana kedua-dua parti yang terlibat tidak berbalas mesej atau angkat phone (kalau angkat pun macam nda mau angkat ja) dan penghujungnya...abis cerita.

1. kedua-dua parti harus sedar, si dia merajuk mesti bersebab. cuba ingat apa yang anda buat atau apa yang anda tidak buat.
2. kedua-dua parti harus sedar, kalau hari-hari merajuk mesti yang lagi satu fikir "aku nda buat apa-apa pun merajuk. cubalah paham sikit aku busy ka, penat ka...adoii"
3. kedua-dua parti harus sedar, diam tidak menyelesaikan masalah yang ada. so jangan la diam, say something. adoiiii

Monday, August 1, 2011

to a friend

hehe aku berani post ni sebab aku tau ko nda akan baca ni.

to a gurl named (censored),

terus terang, sikit pun aku nda pernah marah. sikit pun aku nda pernah lupa. sikit pun aku nda pernah kecik hati. sikit pun aku nda pernah nda rindu.
tapi,
sepenuh hati aku minta maaf sebab buat kau sedih. sepenuh hati aku katakan kau nda pernah buat salah dan tiada sebab untuk kau minta maaf.
dan,
aku minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa lari dari kau. ada sebab yang aku nda boleh bagitau. satu sebab.

macam lagu anuar zain, versi english untuk lagu sedetik lebih, aku katakan the memories remained. kita mandi hujan, kita kawan dari darjah 5 and yang paling aku ingat masa form 3. walau sekejap, 2 minggu, aku ingat sampai sekarang benda tu.

aku yang patut minta maaf. Meng, i'm sorry.

marhaban ya Ramadhan.

alhamdulillah, sempat aku sampai ramadhan tahun ni.
"sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah taala."

pagi-pagi 1st ramadhan aku dah makruh..adoiii.

Saturday, July 9, 2011

definisi setia

loyal atau setia.. mengikut kamus oxford student's dictionary of english
"not changing in your friendship or belief"
tapi..
apa pula definisi curang.?
curang itu berbeza-beza perlakuannya. curang itu subjektif dari segi praktikalnya.
namun begitu, sama-sama laa kita menjaga hati. kerana aku masih sayang

Wednesday, July 6, 2011

chef nguk

Selamat datang puan-puan sekalian, hari ini kita sangat bertuah kerana berkesempatan untuk mempelajari resepi masakan daripada Chef Nguk. Ya silakan encik chef.

Chef Nguk : kita ringkas kan dialog ya puan-puan. hari ini saya akan tunjukkan resepi "nasi ego".
sila keluarkan pen dan kertas yer sebab resepi ini tidak ada dimana-mana blog atau laman sesawang. buat puan-puan yg berada di rumah, bagi yang sedang melipat kain tidak pa. gunakan saja baju sekolah anak-anak puan.

mula2, hantar mesej kepada girlfriend, boyfrienf, suami atau pun isteri mahupun skandal anda. tunggu sehingga terbit bibit ego pasangan anda itu mula muncul.

lepas tu, masukkan hati anda yang sedang luluh tadi setelah diignore oleh pasangan anda dan tunggu sehingga 1 atau 2 jam. jika masih belum ada balasan mesej.

jika masih belum ada balasan maka siap laa suda resepi kita. hidangkan laa didalam apa jua bekas yang ada. s

selamat menjamu hidangan hati masak kicap berulamkan jantung dicecah atas sambal hempedu dan tidak lupa sup air mata. bagi yang berkemampuan lebih, hidang kuah boleh juga dihidang sebagai air mata darah.. terima kasih.

Friday, July 1, 2011

jack dan benih kacang ajaib

cikgu patak : murid-murid itam, eh sasul ja bah. siapa sudah pernah baca buku cerita jack dan kacang ajaib?
munyit: sigu, siya pernah baca. cerita dia ada gergasi, pokok kacang yang tinggi, angsa bertelur emas dan lain-lain.
budak-budak itam : kami pun pernah. sigu pernah baca kah?
cikgu patak : cikgu nda pernah baca sebab tu cikgu tanya kamu. sekarang cikgu mahu tanya apa penghujung cerita tu?
singkong : ermm... tu gergasi kejar jack tapi jack tebang tu pokok kacang. gergasi tu jatuh dari atas sampai ke bumi dan mati di tempat kejadian, sigu.
lunguk : ee! bukanlah. bukan macam tu sigu, tu belum hujung lagi. tu pokok kacang kan tinggi, jadi bila tumbang kena laa atas bumi. menurut laporan daripada siasatan yang telah dijalankan oleh JKK kampung, 15 buah kampung kena hempap melibatkan 831 buah rumah dan satu reban ayam.
cikgu patak : hah??? *garu kepala
munyit: lepas tu, jack jadi tuan tanah kepada 15 buah kampung yang tiada penduduk tu. and he live happily ever after.
iki : salaaah~~~ dia kena tangkap oleh raja syafiq, pemerintah kerajaan putih, dan dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat kerana cuai hingga menyebabkan kematian.
lunguk : bukan dia membela diri dengan alasan "self defence" ka?
munyit : ya, tapi nda kena terima sebab dia pun salah sebab menceroboh harta "gergasi" tu. kira membunuh tanpa niat laa.
cikgu patak : *pening sudah.

minggu pertama praktikal di mahkamah magistret sudah selesai, minggu depan di session court pula. so far so good, hehe. separuh hati tertinggal di putrajaya, sebelah ja ada di KK ni tapi apa boleh buat pasrah ja lah.

Sunday, June 19, 2011

limited or unlimited..

budak itam : selamat pagi cikguuuu~~~
cikgu patak : selamat pagi budak-budak itam, eh sasul pla, i mean murid-murid. duduk semua.
singkong : terasa aku bah.
cikgu patak : budak, eh salah lagi, murid-murid. siapa tahu apa itu limited dan unlimited.
nonoi : cikgu, secara literal limited itu bermaksud terhad atau terbatas dan unlimited itu tidak terhad dan tidak terbatas.
cikgu patak : bagus noi. bagi cikgu contoh yang mewakili keduanya.
sae : hati, cikgu.
adizatul : ish, sae ni jiwang.
cikgu patak : kenapa hati?
iki : dengan hati, kita membataskan dan kerana hati kadang-kadang batasan menjadi halimunan.
cikgu patak : aduh, aku ni ajar budak tadika atau budak-budak itam yang minat tengok drama melayu ni..???

bila insan memilih untuk membataskan kasih dan sayang di hatinya, akan kekalkah kasih itu atau akan wujud tarikh akhir dimana ia akan pudar dan hilang ditelan masa.?

Monday, June 13, 2011

erti sayang

cikgu patak : ok murid-murid cikgu yang itam, hari ini cikgu akan ajar erti sayang. siapa tahu apa itu sayang?

sae : sayang tu "berkongsi cerita, air, dan makanan" cikgu.
aizatul : sayang is cinta.
carl : sayang sama dengan memahami antara satu sama lain cikgu.
nonoi : sayang itu suatu perasaan yang sukar diterjemah melalui kata-kata tetapi indah pada perlakuan, cikgu.
iki : sayang itu setia, Akwa, memaafkan dan memohon maaf, memahami, menjaga hati dan berlaku baik sesama insan, cikgu.

cikgu patak : kamu ni kulit ja itam, hati jiwang. *muntah purple.

pssttt~~~ sayang itu kadang-kadang boleh disalah erti antara cinta dan kasih. namun benci itu akan jelas kelihatan samada dari kata-kata atau tingkah laku. aku bukan boipren yg baik, aku tahu. sorii

Sunday, June 5, 2011

ayat-ayat cinta...

pada suatu petang, dikala budak-budak itam sedang memboringkan diri..

adizatul : ee!! ko tengok ayat-ayat cinta??
sae : eee!! jiwang juga ko ni??
carl : apa barang tengok ayat-ayat cinta, transformer la best!
xang : dating lagi best..
budak2 itam : HI Xang, lama nda jumpa.

singkong :" maafkan bila ku tak sempurna, cinta ini tak mungkin ku cegah.."
budak2 itam : *muntah kuning pink ijau merah jambu~~

i lebiu~~

Friday, May 13, 2011

biru langit

aku pikir,
cerita kami sudah berakhir..
dia yang baru mengubat hati..

hakikatnya,
aku masih merindu..
air mata masih mengalir..

kasih dia terlalu dalam di hati ini, terlalu tebal kesan yang tertinggal..
ya,
aku masih merindu, aku masih sayang tapi tiada mampu berulang semula. sudah terlambat untuk kita kembali berpimpim tangan. salam

Saturday, April 23, 2011

di tujukan buat adiekzatul

dia ni cute..
budak lagii...
belum tua lagi..

dia ni lucu..
penat kami ketawa..

mula-mula kenal,
ingatkan dia ni pendiam..
sudah kenal lama,
wahahahahahahahaha penat ketawa..

there was a time dia buat lawak pasal pokok,
for seconds kami nda paham...
tapi lepas tu, sampai sekarang aku ketawa ingat pasal tu...

dear adizatul, we miss u too... *sori nda da gambar pla.
with love, daku bersyukur mengenali mu dan mereka.. <3

Sunday, April 3, 2011

its april

ermm...disebabkan dunia kali ini penuh dengan bermacam-macam hal dan urusan duniawi, tidak mampu untuk bercerita lagi. cuma mampu update kadang-kadang sahaja. seperti biasa, masa berlalu pantas dan kini sudah april (lagi) examination is just around the corner. walau sudah sebulan break tapi masih teringat dan terkenang, tapi bukan kerna sayang. otak terlalu serabut memikirkan peperiksaan dan keupayaan meneruskan hidup. hati terlalu keliru untuk apa dan siapa dan kenapa dan lain-lain =p bulan ni, exams, ANUAR ZAIN, aku masih merindu, dunno.... good luck to my freinds, selamat exams hehe. n goodluck in life to all my beloved kawan-kawan.

Tuesday, March 1, 2011

its march pula~~~

last month kami break up..
last month aku gila..
last month aku bongok..

dis month baru start tapi aku sudah start malas..
hari ni, aku rindu rumah dengan teramat gilanya.
hari ni, dia start final exam. ingin sekali ucap selamat tapi tiada apa lagi antara kami.
its march, time to go on with life and final examination is just around the corner..

miss u and gila.

Tuesday, February 15, 2011

salam maulidur rasul.

Selawat ke atas junjungan mulia Rasullullah S.A.W.
manusia terpuji dan dikasihi Allah S.W.T

Nabi Muhammad amat menyayangi umat nya. walau ketika nazak, nabi masih mendoakan kesejahteraan umat-umatnya.


*tidak lupa juga, Anuar Zain, selamat hari jadiii~~

Tuesday, February 1, 2011

its february..

lagi 10 minggu sebelum final exam..
lagi beberapa hari untuk hantar assignments..
lagi beberapa hari untuk test yang ramai..


january berlalu sudah, didalam january itu aku bercinta dan didalam january itu aku kecewa.
didalam january itu banyak kenangan silam menjelma dan didalam january aku hilang teguh iman. tiang kehidupan...

Thursday, January 20, 2011

selamat hari thaipusam...

pagi cuti-cuti thaipusam ni best joging. ramai yang joging sekali. bolehlah memotivasikan diri tuk lari laju sebab mau potong suma orang..

but the story is not about Thaipusam or jogging.. its about friends, family and appreciating life.

didalam berlari-lari anak, terserempak dengan mereka yang bergelar kawan. very nice people.
duduk berbicara soal hidup dan masa depan. dipendekkan cerita, moralnya hargai hidup ini the way u want it to be pada batas-batas yang ditetapkan Tuhan Yang Esa.

tiap insan itu berbeza, lain dulang lain isinya, definisi hidup itu berbeza-beza. ada orang menghargai hidup dengan cara membataskan gaya hidupnya dan ada yang mengikut saja arus kehidupan seadanya. harap tidak terhanyut jauh dari pelabuhan yang sepatutnya.

dan yang pasti, cara menghargai hidup ialah dengan menyayangi orang lain, kawan dan keluarga.
merajuk bukan bererti benci, marah bukan bererti musuh dan maaf bukan sekadar kata-kata.

kepada yang mengenali diri iki, zahir atau batinnya, iki minta ampun maaf.
dan pada malaysian yang menyambut hari Thaipusam, selamat hari Thaipusam.

Monday, January 3, 2011

2 & 3 haribulan 01, 2011..

our first meeting in 2011..
McD..
after gaduh sana, merajuk sini...hujung-hujung jumpa juga.

this blog was suppose to be a place for my imagination but i don't why suddently i feel like i wanted to post about this obviously-stupid story. its not a story actually, its more to mengarut thing.

just know i was wondering, am i a hypocrite just because i chose to be with this "someone" because "someone" is in love with me and i'm not in love with "someone".
i'll just leave the answer blank, it will come someday. maybe..

Saturday, January 1, 2011

1 . 1 . 11

salam tahun baru 2011 bersamaan tahun 1432hijrah...
entri pertama tahun ini, lupakan tahun lepas tapi jangan ditinggalkan ilmu yang didukung..

memikirkan keajaiban masa, Maha Suci Allah, semalam adalah tahun lepas dan hari ini adalah tahun baru.. hanya satu saat yang membezakan semalam dan hari ini, dan sesaat itu menjadi setahun perbezaan.

dengan cinta, usaha, doa dan harapan semoga 2011 penuh dengan kebaikan walau tidak kelihatan.

SELAMAT TAHUN BARU PADA SEMUA YANG DISAYANGI...