Tuesday, August 9, 2011

umur bukan sekadar nombor.

sesetengah orang kata, umur sekadar angka. yang penting jiwa yang muda selalu hehe.
tapi..

1. dulu masa budak, aku nda pernah tahu atau diberitahu masalah atau terbeban dengan masalah dalam keluarga. tapi sekarang, aku juga perlu memerah otak dan tenaga.

2. dulu nda wajib puasa hehe, sekarang wajib ok.

3. dulu masa budak senang ja buat kawan. jumpa ja mana-mana budak umur sebaya boleh terus panggil kawan. tapi sekarang, kawan mengumpat kawan inikan pula mahu percaya orang lain.

4. dulu masa budak its ok bila kena tipu sebab nda terasa sakit hati. tapi sekarang, susah mahu percaya orang lebih-lebih lagi lepas first love. broken heart lebih senang sembuh berbanding broken trust.

pssttt...kadang-kadang terasa seperti sudah jatuh lepas tu ditimpa tangga. mungkin diri ni lupa Tuhan sebab tu masalah datang bertimpa-timpa. ya betul bumi mana tidak ditimpa hujan, tapi setiap yang berlaku ada sebabnya. life must go on.

No comments: