Sunday, March 29, 2009

aku dpt no. 2.

since aku jnji ngan dirah terpaksa laa aku poos ni. first time ni..tema, budi bahasa.

Muka macam Cina tapi cakap Melayu lancar tapi bukan Cina pun bukan Melayu. Bila masuk ke kedai Cina tentu saja pertanyaan aku dijawab dalam bahasa Cina dan bila datang rumah Melayu kadang-kadang teragak-agak tuan rumah hendak menjawab salam aku.Pada fikiran aku tentu susah jika terus saja masyarakat sekeliling menganggap aku Cina bukan Cina dan Melayu bukan Melayu. Menjadi rakyat Malaysia itu bukan satu masalah kerana ada Melayu yang bertutur bahasa Cina dan ada juga Cina yang fasih bertutur bahasa Melayu.
Ini kisah aku yang bermuka seperti orang Cina dikatakan berbangsa Siam tapi sebenarnya bukan. Satu peristiwa yang sama
didalam dua perjalanan pada destinasi yang berbeda. Aku mulakan dengan perjalanan aku menuju Kampung Berjaya di Jeniang. Niatku ingin melawat keluarga angkat disana setelah setahun berlalu. Setahun mungkin sekejap saja tapi memori setahun lalu sudah pudar. Sukar bertambah susah bila aku tiada tahu jalan untuk sampai ke sana. Bermula di stesen bas Sungai Petani. Aku berdiri di tepi bas yang tertulis Jeniang. Kerana ragu dan risau aku bertanya pada seorang wanita di tepi aku.
“Akak, bas ni lalu Kampung Berjaya tak?” aku selitkan sekali senyuman.
“Ha, tak kenal tak kenal.” Dengan pantas dia menoleh ke arah lain.
Aku bingung sendiri tapi aku senyum saja. Aku cuba tafsirkan soalan yang aku ajukan tadi. Berkenaan orangkah berkenaan tempat. Tidak mengapalah fikirku. Pada penumpang lain aku ajukan soalan yang sama tapi tiada jawapan yang merujuk kepada kampung itu. Walaupun begitu aku masih sampai ke sana. Setelah pulang dari Jeniang aku fikirkan semula apa yang terjadi. Aku tanyakan seorang kawan dia katakan mungkin perempuan itu fikirkan aku orang Siam. Perkauman fikirku.
Perjalanan yang kedua, Langkawi menjadi destinasi ku. Aku seorang saja berjalan. Sama seperti sejarah Jeniang, aku langsung tiada pengetahuan bagaimana hendak ke pulau sana. Menggunakan prisip malu bertanya sesat jalan, aku bersoal tanya pada siapa yang aku rasakan sesuai sepanjang perjalanan.

“Assalammuailakum pak cik, bas nak ke jeti Kuala Kedah yang mana?” aku senyum saja.

“Adik ikut pak cik ni. Naik bas ke Pekan Rabu dari sana adik boleh naik bas ke Kuala Kedah.”

Aku tersenyum saja walau salamku tiada balasnya tapi soalan yang diaju dijawab sopan dan lembut. Dipendekkan cerita aku selamat sampai dan pulang dari Langkawi dan kembali berbaring di dalam Malinja ini. Dalam gelap bilik, aku
imbau semula pengalaman baru aku selama berada di dalam perjalanan pergi dan pulang dari Jeniang dan Langkawi. Aku sedar akan sesuatu. Tidak kira pada bangsa apa pun yang wajah aku biaskan andai tiada sopan dalam bicaraku senyum manis akan terbazir terbuang saja. Selembut mana pun bicaraku andai tidak kena pada caranya belum tentu ada balasan untuk soalan yang diajukan. Aku sedar walau siapa pun aku, tanpa sopan dalam bahasa tiada yang sudi memandang dan tiada yang akan ikhlas dalam membantu. Senyum dan salam, sopan bicara dan tatasusila bagi aku itulah budi bahasa. Antara Jeniang dan Langkawi aku belajar erti sebenar budi bahasa.


(boring kan!! menang pun sbb tak ramai yg hntr.)

Sunday, March 22, 2009

cannot lupa laa..

what i saw hari rabu lepas is still in my head!!
cannot lupa.
i want it so much.
mau beli tapi, uit cukup ngam2 ja.. nnt kalu aku bawa blik hostel msti orang nmpak.
takkan aku mau cakap aku beli tuk diri sendri, umuq 20 sua.malu skit ja.
takkan mau suruh urang kasi beli tuk aku plak..mana da orang gitu baik.
mau ja aku beli lepas tu suruh orang bagi aku, pura2. kasi bungkus lagi.
uwaa....mau call bapa aku laa. harap2 dia bagi aku beli.

a big monkey. nda laa besar. pakai baju biru lagi..waa jangan laa ada yg beli dulu.
aku mau!!!

Saturday, March 21, 2009

ikan2!! sayur2!!! pitt pittt..!!!










hehe..jeniang again ni.
aku join adik beli sayun, ikan dari lori.
waa syok2...
ni aku curi2 amik gmbr ni
aik...gmbr tokey bawa tu tak nmpak lak.

earth hour.!!!

jom TUTUP LAMPU..
28 march 2009, sebagai khalifah di bumi jom kita bersama tutup lampu. sapa2 yang otak kuning tolong duduk jauh2 k. aku tak kawan ngan orang otak kuning.
satu jam ja tutup lmpu. tak akan mati laaa, orang zaman batu sihat ja.
dari kul 8.30 malam waktu malaysia kalu tak silap aku laa. kalu salah bagitau k.

JOM TUTUP LAMPU SUMA ORANG.

Tuesday, March 17, 2009

pathetic me!!

uwaaa..!! aku laa orang yg paling sedey time birthday sendiri. its not because the number. 20 still young apa.
20 itu bermaksud sebuah dunia baru, tiba masa untuk aku lebih matang dan bersedia untuk membuat pilihan yg lebih serius... 20 itu sbagai pesan agar aku tahu siapa aku dan dimana aku sepuluh tahun akan datang...my future.
kata orang, ramai yg gelap masa dpn sbb mensia-siakan usia. demi masa, manusia itu dalam kerrugian..

lets talk sal sejarah besday aku start 3 tahun lalu.
2007, result spm kuar time tu. family aku blik kg sbb cuti but aku stay di umah sbb aku lambat amik borang upu (suma salah perompak yg rompak aku!!). kena siap kan cepat. aku duk umah sorang2, dan besday aku, aku duduk dalam gelap. uwaa..
2008, hari isnin n aku ada silat. bla bla bla... cannot cita sbb aku tak suka. takda yg tau tu besday aku. but yg tau aku buat salah besar ngan dorang. besday aku end ngan aku duduk bawah pokok dalam gelap sambil makan dinner
aku.
2009, skarang ni aku tengah baring atas katil. mau buat keja, kul 4.44pm lagi tu... baru abis kelas tuk ari ni. n (nda mau cakap laa).. uwaa!!!
number tu aku peduli apa, aku sedey sbb besday aku ended ngan aku duk sorang dlm gelap.

apa pun thanks tuk yg wish n ada sorang kawan ni bagi hadiah!! yeah!! terima kasih yg amat, infinity thanks.

Saturday, March 14, 2009

budak hitam, sae...

lima budak hitam sedang duduk diam tiada bicara. hanya bunyi angin yang memecah sepi petang. lima budak hitam
duduk termenung mencari ilham di atas angin memandang langit biru nan cerah tiada berawan.
"aku mau gelam..." sae mengeluh seorangan.
"???" singkong tiada mengerti.
4 budak hitam yang lain resah melihat sae yang muram semenjak tadi. berbisik-bisik sesama mereka.
"kenapa sae tu?" soal adizatul.
"mengidam kali." jawab singkong pantas.
"ish ko ni. budak tadika mana boleh kawin." kata carl membantah.
"abis tu kenapa dia mau itu." bela singkong.
"teringin ja bah tu bukan mengidam." jelas nonoi dengan yakin.
"ooo..." jawab mereka serentak.
tiba-tiba..
"apa yang ooo..?" sae menyampuk dari belakang.
terkejut, semua budak hitam buat tak tau ja.
"tiada, tiada. kami tengah kurik idung." adizatul cuba mengcover.
"ish bukanlah. pengutur bah ko ni. kami belalar abc bah tadi tapi sempat sampai O ja." carl pula cover.
kemudian semua budak hitam pun balik. esoknya..
"aik, awal kamu sampai?" sapa sae.
"biasalah.." jawab budak-budak hitam.
"apa kamu tapuk tu?" sae ternampak sesuatu di dalam baju singkong.
"dia pregnant. hehehe.." kata nonoi.
"anak biawak." sambung adizatul.
"sot."
"hehe, kami ada surprise tuk ko. jeng je jengg.." carl menarik keluar periuk xang dari baju singkong.
"eee!! apa ni.?" kata sae.
"ikan gelama khas tuk sae. kan semalam ko cakap mau gelama. kami beli di pasar tadi." kata carl bangga.
"xang yang masak jadi kalu nda sedap cari dia." singkong menyibuk.
"oo..begini pula muka gelama. tapi semalam aku cakap mau glamour laa bukan gelama. sedapnya" sambil sae
menyuapnya ke dalam mulut.
xang pun datang...
"mana sudah belut yang aku tulung masak tu.?" sapa xang.
"uweekkk!!" sae

Thursday, March 12, 2009

budak hitam, xang...

pernah suatu masa dulu,ada 5 budak hitam yang suka bermain di bawah sebatang pokok jambu batu. sae yang sulung berlakon sabagai nenek yang tua, carl pula sebagai ayah dan nonoi ibunya. adizatul ialah anak perempuan dan singkong si anak tiri.
"amboi amboi.!! cuka ati ko ja titun sini. kau pikir kain baju ni automatik bersih sendiri ka?" lakon mak nonoi sambil menyepak-nyepak(real) singkong yang hina.
"betui tu mak, dia ni pemayas. dasar anak mungut(harap tiada yg sensitif)." sambung adizatul sambil mengesat hingusnya(pun real).
kemudian.
"sayang awak, rehatlah kalau penat ye nak." lakon mak nonoi lagi sambil membelai rambut singkong(pakai glove).
"rajin betul anak kita ni." kata bapa carl yang kononnya baru balik dari laut, membawa daun kering ganti ikan.
begitulah lakonan mereka yang tidak seberapa itu di bawah teduh si pokok jambu. sehinggalah...

"uhuk..uhuk...(batuklaa) rasanya dah hampir waktu aku.." kata nek sae di suatu petang.
"mak, kami suami isteri nak tanya ni. boleh tak?" kata bapa carl pulak.
"tanyalah anakku selama masih sempat."
"begini, tanah bendang itu..."
belum sempat carl menghabiskan dialognya dia dijerkah oleh seorang makcik yang kebetulan lalu disitu.
"hoi!! dasar anak tak kenang jasa. mak kau dah sakit macam ni, kau sibuk mau tau pasal waris tanah pulak."
"pang..!!" pipi carl kena tampar plak.
seluruh langit berubah mendung tiba-tiba, nenek tua tadi berubah menjadi muda. rambutnya menjadi hitam, ada dye kuning sikit. rupa-rupanya dia ialah ratu sihir xang(aku tau sebab dia pakai name tag masa dia tadika dulu). tiada sempat kelima-lima budak hitam itu melarikan diri, ditahan mereka dengan sihir xang.
nonoi telah disumpah menjadi rabbit yang meloncat-loncat. adizatul menjadi platipus yang tinggal di sungai dan singkong menjadi biawak. diangkat tongkatnya lagi, kilat bersabung dan carl pun menjadi batu ala-ala tanggang.
"sekarang telah aku beri pengajaran kepada anak cucumu yang durhaka ini. Aik, kenapa ko nangis lagi ni sae?"
"kami main-main ja bah..uwaaaa!! mamiiii tulung." sambil budak hitam itu, berlari pulang.
"oopss..." xang.

Tuesday, March 10, 2009

dia masih ada

dia melawat pada jajahan nukilan si dia.
dan dia terbaca nukilan si dia.
dan dia sedar, aku masih merindui si dia...sebagai teman

puteri ibu jari..

di sebuah kampung, jauh dari rumah orang kampung yang lain, tinggal sepasang suami isteri yang tua. hidup mereka hanya berdua kerana tiada dikurniakan cahaya mata. Mak Sae dan Pak Carl punya harta yang banyak. semakin hari hidup mereka semakin sunyi, harta mereka tiada berwaris dan tiada ada penyambung warisan keluarga mereka.
walaupun kaya dan raya, Mak Sae akan membasuh kain baju di tepi sungai bersama-sama suri rumah yang lain demi memantapkan hubungan sosial beliau. suatu hari, Mak Sae pergi membasuh kain namun tiada seorang suri rumah pun datang untuk membasuh kain. ditemankan kicauan burung, mak sae membasuh kain dengan penuh bersemangat. tiba-tiba Mak Sae ternampak sebiji ubi kayu yang luar biasa bentuknya hanyut mengikut arus.
disebabkan kampung itu tiada ubi kayu, Mak Sae pun terjun ke dalam air dengan gaya kuak lentang untuk mengambil ubi itu. pikir Mak Sae tentu sedap bila direbus untuk minum petang.
pulanglah Mak Sae. diceritakan kepada Pak Carl bagaimana dia berenang demi ubi itu. Pak Carl pun menyeruh agar dibakar saja ubi itu, tentu lebih sedap. maka dibakar oleh Mak Sae ubi itu.
di sebuah kampung lain, tinggal seorang Mak Cik Nonoi bersama anak angkatnya si gadis ibu jari, bernama Adizatul. Mak Cik Nonoi terjumpa Adizatul di dalam kuntum teratai yang hanyut bersama-sama plastik cap pasar ikan sandakan.
mengikut cerita orang, Adizatul dahulu seorang puteri yang amat indah paras rupanya. namun dia telah disumpah oleh seorang witch bernama Ratu Xang. Ratu Xang ingin merampas kerajaan Puteri Adizatul dan telah menyumpah dia menjadi
baby semula. hanya akan lahir dari sekuntum teratai dan bersaiz sebesar ibu jari. Puteri Adizatul hanya akan kembali kepada asal dan kerajaannya apabila dia bertemu seorang pemuda ibu jari yang hanyut di sungai.
sesungguhnya tiada insan lain yang senasib seperti Puteri Adizatul. namun begitu, Mak Cik Nonoi tetap memberi kata-kata semangat kepada anaknya.
"never give up!"
"never give up!"
mengembaralah Mak Cik Nonoi bersama anaknya mencari pemuda itu. penat berjalan mereka merangkak, penat merangkak mereka meloncat-loncat. penat meloncat mereka naik bas. maka sampailah mereka di sebuah singgah sana di dalam hutan.
"oiii!! ada orang kah?"
"oii... ada laa. jemputlah masuk."
mengesot lah mereka masuk.
"siapakah gerangan Mak Cik dan Cik ini?"
"never give up, never give up.!!"
"saya puteri adizatul dan ini mak saya, nonoi. kami dalam journey mencari jodoh saya."
"oo..begitu. nampaknya memang sudah jodoh kita bertemu. saya kenalkan anak kami yang punya saiz sama ngan tuan puteri."
Pak Carl dan Mak Sae pun memanggil keluar anak mereka, Singkong (ubi).
bertemu mata Puteri Adizatul dan Singkong. terpaut hati mereka, pandangan mula bertukar kasih.(uweekkk)
sepurnama lengkap, berlangsung majlis menjodohkan Puteri Adizatul dan Singkong. kemudian tibalah masa untuk Puteri Adizatul dan Putera Singkong, dalam saiz normal, menuntut kerajaan mereka. dilengkapkan segala persedian bertemu Ratu Xang, ahli sihir yang menguasai kerajaan mereka, andai kata peperangan terjadi nanti.
bertemu mata puteri dan Ratu Xang. tiada Ratu Xang percaya apa yang dilihatnya. dan berlaku perebutan kuasa maka pilihan raya terpaksa diadakan.
gugur takhta Ratu Xang digantikan dengan kerajaan yang aman dan bahagia Puteri Adizatul dan Putera Singkong. dikurung Ratu Xang buat selama-lamanya tanpa ada sebarang hubungan dengan dunia luar(mcm af plak).
disuatu petang, dalam negeri mereka yang aman, duduk berdua kerabat itu di tengah laman.
"kanda, izinkan dinda bertanya."
"bertanya lah apa saja dinda, tiada kanda menbantah."
"mengapa kelihatannya warna kulit kanda jauh berbeda berbanding ayah dan bonda kanda yang cerah berseri?"
terdiam sejenak Putera Singkong mencari jawapan dan....
"ubi bakar dinda, ubi bakar...." jawab singkong.
".??"


(wait for siri budak hitam aku, 6siri)

Saturday, March 7, 2009

ni tuk nice people...

2 minggu yg lalu aku berjaya melawat 2 keluarga angkat aku. jeniang, gurun dan langkawi. aku pi sorang, dgn risiko besar untuk sesat.
firstly thanks to bel tuk info yg aku dpt sblum smpai alor star.

n ini tuk nice people, thank u mucho2. kata orang, malu bertanya sesat jalan. dari journey aku tu, aku dpt benda baru selain tau jalan. be nice to orang lain, tak kisah lah dorang tu siam ka, bangladesh ka, apa2 laa.

disebabkan aku ni tiada muka melayu, aku bukan melayu pun, some org akan pikir aku ni cina, dusun, murut kah.. tapi bila sampai kedah ni dulu ada watak baru tuk aku, aku ni orang siamlaa, myanmar laa. tak kisah laa. sebab semua orang tu sama ja. jangan nak perasaan laa kalu ada yang rasa diri tu lebih baik dari orang lain. mungkin apa yang membezakan cuma duit dan harta. pada dasarnya, semua orang itu sama. fikir fikirkan lah. muka lawa, uit banyak pun kalu akal seperti akal ayam atau mungkin lebih sesat lagi..

lepas ni, kalu ada orang bertanya aku akan try tuk tolong dan jawab dengan ikhlas. tak kisah lah siapapun, but need to hati hati juga.biasalah dunia sekarang kan...
sebab aku dah rasa macam mana dilayan bersdasarkan asal dan usul. racist laa tu.
bila aku tanya orang tu(adalah) mcm mn nak pi tempat ni dia jawab, "tak kenal, tak kenal."
aku rasa orang tu gila kali.

aku tak nampak pun sebab2 yang ada tuk aku atau orang lain tuk bersifat perkauman. takde makne nyer...

Islam itu dari istilahnya ialah salam. salam itu memberi makna sejahtera.(kalu salah bagitau erk) dan tiada pernah dinyatakan dlm mana2 tempat just being nice dgn orang yg seagama dan sebangsa saja. so stoplah being racist.

untuk mencapai sejahtera tu, hormat tu penting. hormat lah apa jua kepercayaan orang lain, bangsa mereka dan budaya mereka. apa pun, thanks to nice people yang terlibat.

Friday, March 6, 2009

demi glamour.!!

semua orang ingin cantik dan dipuja. namun tidak semua bertuah untuk memiliki wajah idaman. ketaksuban akan kesempurnaan pada fizikal mendorong sesetengah orang mengunakan jalan singkat untuk menjadi cantik. ada yang sanggup
berhabis duit untuk membuat pembedahan kosmetik. dan masih ada yang percaya pada dunia karut.
susuk. satu nama yang menggerunkan menggoda pada masa yang sama. ini kisah seorang teman yang ingin cantik. dan susuk menjadi jalan pintas buatnya.
miah xang, itu nama dukun atau bomoh yang cukup terkenal dalam dunia susuk. ramai yang datang padanya dengan satu hasrat. sekadar ingin cantik.
Puan Sae, bukan nama pura-pura. satu nama yang menggambarkan kecantikan abadi. dunia model ibarat miliknya bila kejelitaannya menjadi taruhan. walau usianya mencecah veteran namun kulitnya tiada dimamah usia. apa rahsianya, cuma air suam dan facial treatment katanya.
miss nonoi, pramugari yang pernah menimbulkan kontrovesi. wajahnya yang ayu terlalu menggoda. pernah dinobatkan secara tidak rasmi sebagai wanita yang paling kerap menerima lamaran dari vip, artis lelaki malah orang biasa. dimana jua di seluruh pelusuk malaya, setiap lelaki normal, semua memuja kecantikkannya.
bermula sebagai penjual bag plastic di dalam pasar ikan tidak menjejaskan popularitinya sebagai seorang celebrity. adizatul the vogue. nama yang menjadi rebutan penerbit filem dan komposer musik. gemersik suaranya tiada tandingan lagi, segala juara telah dimenangi walau dari negara seberang jua telah mengiktiraf suaranya.
kejelitaan abadi yang menuntut pengorbanan tinggi. nyawa insan tercinta, itu sebagai balasan kepada kecantikan abadi itu. andai ingkar maka hilang segala nikmat kecantikan yang dimiliki kini.
ini kisah si singkong. wajahnya yang amat tidak disukai oleh mana-mana awek yang di usha nya sering menjadi caci dan maki masyarakat primitif sekelilingnya.
maka bertemulah singkong dan miah xang. dijampi segala serapah. ditusuk segala jarum. tertanam berbagai jenis emas dan berlian pada wajahnya. tiada cukup ditambah lagi akar kayu dalam air mandian. tujuh lapis bunga dari kaki gunung si anu menjadi penawar.
bersilih ganti siang dan malam, pagi berubah petang tiada juga sudahnya ilmu susuk miah xang. terlalu rumit jampinya. menurut miah xang, amat dan terlalu tidak handsome si singkong. sehinggakan pelbagai jenis jampi terpaksa digunakan.
dipasang segala jenis pendinding pada wajahnya. sebelum sudah, bocor pendinding yang terpasang kerana ketidak handsomenya singkong. miah xang hampir kehabisan serapah. tujuh malam tiada lena memasang jampi saja.
berjuta sudah jarum tertanam dan ditusuk ke dalam wajah si singkong. tiada juga satu yang kekal. miah xang bertukar bingung. apa sudah terjadi? apa ada pantang dan larang tidak diendah? pada fikirannya, sebelm susuk terpasang maka belum ada lagi pantang yang perlu diturut.
tubuh singkong mula lemah, tiada mampu menahan segala jampi lagi. sudah tujuh pagi tiada dia menjamah sebarang alas perut. azam yang dulu setinggi jerai kini lemah tiada harapan. sedar dia bahawa wajahnya tiada mampu dapat merasa puja dan kecantikan. mahu saja dia berangkat pergi.
selama tujuh malam jua miah xang tiada melayan pelanggan lain kerana kalut akan singkong. risau dia sampai bila ini akan berterusan, khuatir dia akan jatuh muflis hilang customer. maka datang ilham di saat akhir...
"singkong, beginilah. kau pun tau kan muka kau memang buruk. jampi pun nda lut. so aku suggest ko..." berbisik miah xang ke telinga singkong.
"ha?? tapi itu... saya tak mampu. tolonglah miah xang, saya desperate nak glamour ni."
hanya menggeleng miah xang, tanda tiada ia mampu berbuat apa lagi.
maka terpaksalah melangkah pergi singkong patuh kepada nasihat miah xang. jauh dia berjalan bersama hati yang larah maka tiba dia ke lubuk yang dimaksudkan. demi glamour katanya dia rela.
terkumat kamit dan bergetar-getar bibir singkong membaca serapah.
"cut!! bagus-bagus. awaklah yang kami cari. ok semua. inilah dia, pemegang watak utama untuk filem kita ni.
watak si 'Pewaris Jembalang Air Si Hantu Raya yang Huduh'. tahniah singkong."
"tahniah."
"tahniah."
"tahniah. ko mimang buruk bah." the end

(jangan marah singkong)

Tuesday, March 3, 2009

Kisah Negara Agak Arr ...

di sebuah negara yang agak boring, tinggal seorang raja yang agak kurang cute. negara yang kurang indah itu dinamakan Agak Arr. Agak Arr merupakan sebuah negara berkecuali. ia sebuah negara berkecuali, bukanlah disebabkan
join mana-mana pertubuhan seperti persatuan seni budaya atau yang seumpama dengannya. a sebenarnya dikecualikan. tiada sebuah negara asing pun yang sudi menyerang atau berkawan dengan pemimpin ataupun rakyat negara Agak Arr. ini
dipercayai kerana semua insan yang wujud di muka negara Agak Arr mempunyai wajah yang agak kurang cute.namun begitu negara Agak Arr masih mempunyai hubungan direct selling dengan negara lain.
raja negara itu bernama raja kiutker. manakala permaisuri ataupun first lady negara Agak Arr bergelar puteri sebujur sirih. berbeda daripada mana-mana wajah-wajah kelat penghuni negara itu, puteri sebujur sirih punya raut
wajah yang amat cantik tiada bandingannya(u tutup mata pun tau). namun begitu tiada mana-mana seorang penduduk negara Agak Arr yang pernah melihat kecantikan si puteri malah tiada siapa yang tahu akan kewujudan puteri si bujur
sirih melainkan penghuni istana. tidak semua penghuni istana pernah menyaksikan secara langsung kecantikan puteri si bujur sirih, rata-rata hanya mendengarnya melalui siaran ulangan di radio pada malam isnin.
raja kiutker, pengasuh puteri dan kedua-dua ibunda dan ayahanda raja dan puteri saja yang pernah melihat kecantikan puteri si bujur sirih. menurut kata bidalan, puteri si bujur sirih pernah disumpah suatu ketika dulu.

pada waktu itu, raja kiutker keluar berburu. baginda amat minat berburu. disebabkan masih bergelar pengantin baru, puteri si bujur sirih enggan berenggang dari sisi raja kiutker. bersamalah kedua kerabat itu berburu ke dalam
hutan amazon mencari "joe jambul"(bukan jambu ha, tu len tu). sepanjang perburuan itu, kedua kerabat itu melalak dan menjerit "di mana jooeee jammbulll!!" kerana itu sajalah caranya untuk memburu "joe jambul".
tiba-tiba(kalu stail adizatul jeng je jenggggggg)..
" oi, kucing aku kiut." raja kiutker melatah kerana kakinya tersepak ulat bulu. disebabkan kecederaan yang agak parah, baginda terpaksa dihantar ke unit kesihatan atau shortform nya UK.. tinggallah puteri si bujur sirih
berburu seorang diri.
lama dan jauh si puteri berjalan, sampai beliau ke sebuah rest house.
"ting! ting! ting!." berkali-kali beliau menekan dan menghentak loceng di atas kaunter rest house itu. pada waktu yang sama, datang seorang wanita tua yang berumur 20tahun. birthday wanita tua itu pada bulan january.
"amboi, amboi, amboi! cuka ati ko ja jalan lenggang-lenggang. ko ingat ko tu datin seri kah. rambut pun kembang pi atas. muka baru bangun tidur lagi tu. cepat!! aku nak bilik ni." jerkah puteri si bujur sirih kerana marah.
"relax ar babe. lu jerit-jerit sal beb. cuka ati gua ar nak catwalk ka nak jalan ala-ala tersingkir kuar af ker. lu peduli apa beb." balas wanita tua itu yang sememangnya seorang datin.
"oooo!! ko melawan erk. ko ingat ni debat ker apa ko nak balas balik." si puteri mencekak pinggang.
"lu jangan nak melawak beb. lu pikir gua keja sini apa. apa classs..auwww..tak kuase tau~~~i ni customer kat sini k.."
"u...jangan nak durhaka, i puteri si bujur sirih. i sue u, nak?"
"elehhh, sue lerrr. sueperjo pun i tak takut tau~~~."
maka di sue lah si nenek datin yang over tadi tu. jatuh bankrap lah beliau dan bertambah tidak cute wajahnya.
dipendekkan cerita, semusim berlalu tatkala puteri si bujur sirih tengah dok mengumpat orang-orang kampung negara Agak Arr yang tak cute itu datang seorang awek cun. awek cun ini membawa bersamanya bag plastik untuk dijual di pasar ikan. kerana terasa tergugat oleh ke'cun'an awek itu si puteri mengarahkan dia dikurung di dalam penjara di basement istana. awek cun itu sebenarnya seorang ahli sihir yang tinggal di sandakan dan pernah memenangi anugerah Bag Plastik awek paling tak cute.hehehe cian kan. kedatangan beliau untuk membalas dendam di atas kebankrapan akaknya, yang kena sue dulu tu, yang kini dah psiko lompat-lompat seperti rabbit sambil mengejar tikus plak. dia berubah menjadi awek sihir dan menculik si puteri. membawanya ke dalam the store, first floor. sebuah tempat yang amat digeruni masyarakat Agak Arr.
"hua hua hua..sekarang aku mau sumpah ko."
sebelum sempat awek sihir itu melafazkan sumpahnya datang seorang munyit.
"heiii!! aku singkong. lepaskan puteri si bujur sirih." lantang suara munyit itu.
"hoiii!! aku suka keju ja. nda mau kasi lepas."
"bah, nda mau kasi lepas nda pa lah. aku balik la lu." hilang dan ghaib si munyit itu.
the end. hehehe