Tuesday, March 10, 2009

puteri ibu jari..

di sebuah kampung, jauh dari rumah orang kampung yang lain, tinggal sepasang suami isteri yang tua. hidup mereka hanya berdua kerana tiada dikurniakan cahaya mata. Mak Sae dan Pak Carl punya harta yang banyak. semakin hari hidup mereka semakin sunyi, harta mereka tiada berwaris dan tiada ada penyambung warisan keluarga mereka.
walaupun kaya dan raya, Mak Sae akan membasuh kain baju di tepi sungai bersama-sama suri rumah yang lain demi memantapkan hubungan sosial beliau. suatu hari, Mak Sae pergi membasuh kain namun tiada seorang suri rumah pun datang untuk membasuh kain. ditemankan kicauan burung, mak sae membasuh kain dengan penuh bersemangat. tiba-tiba Mak Sae ternampak sebiji ubi kayu yang luar biasa bentuknya hanyut mengikut arus.
disebabkan kampung itu tiada ubi kayu, Mak Sae pun terjun ke dalam air dengan gaya kuak lentang untuk mengambil ubi itu. pikir Mak Sae tentu sedap bila direbus untuk minum petang.
pulanglah Mak Sae. diceritakan kepada Pak Carl bagaimana dia berenang demi ubi itu. Pak Carl pun menyeruh agar dibakar saja ubi itu, tentu lebih sedap. maka dibakar oleh Mak Sae ubi itu.
di sebuah kampung lain, tinggal seorang Mak Cik Nonoi bersama anak angkatnya si gadis ibu jari, bernama Adizatul. Mak Cik Nonoi terjumpa Adizatul di dalam kuntum teratai yang hanyut bersama-sama plastik cap pasar ikan sandakan.
mengikut cerita orang, Adizatul dahulu seorang puteri yang amat indah paras rupanya. namun dia telah disumpah oleh seorang witch bernama Ratu Xang. Ratu Xang ingin merampas kerajaan Puteri Adizatul dan telah menyumpah dia menjadi
baby semula. hanya akan lahir dari sekuntum teratai dan bersaiz sebesar ibu jari. Puteri Adizatul hanya akan kembali kepada asal dan kerajaannya apabila dia bertemu seorang pemuda ibu jari yang hanyut di sungai.
sesungguhnya tiada insan lain yang senasib seperti Puteri Adizatul. namun begitu, Mak Cik Nonoi tetap memberi kata-kata semangat kepada anaknya.
"never give up!"
"never give up!"
mengembaralah Mak Cik Nonoi bersama anaknya mencari pemuda itu. penat berjalan mereka merangkak, penat merangkak mereka meloncat-loncat. penat meloncat mereka naik bas. maka sampailah mereka di sebuah singgah sana di dalam hutan.
"oiii!! ada orang kah?"
"oii... ada laa. jemputlah masuk."
mengesot lah mereka masuk.
"siapakah gerangan Mak Cik dan Cik ini?"
"never give up, never give up.!!"
"saya puteri adizatul dan ini mak saya, nonoi. kami dalam journey mencari jodoh saya."
"oo..begitu. nampaknya memang sudah jodoh kita bertemu. saya kenalkan anak kami yang punya saiz sama ngan tuan puteri."
Pak Carl dan Mak Sae pun memanggil keluar anak mereka, Singkong (ubi).
bertemu mata Puteri Adizatul dan Singkong. terpaut hati mereka, pandangan mula bertukar kasih.(uweekkk)
sepurnama lengkap, berlangsung majlis menjodohkan Puteri Adizatul dan Singkong. kemudian tibalah masa untuk Puteri Adizatul dan Putera Singkong, dalam saiz normal, menuntut kerajaan mereka. dilengkapkan segala persedian bertemu Ratu Xang, ahli sihir yang menguasai kerajaan mereka, andai kata peperangan terjadi nanti.
bertemu mata puteri dan Ratu Xang. tiada Ratu Xang percaya apa yang dilihatnya. dan berlaku perebutan kuasa maka pilihan raya terpaksa diadakan.
gugur takhta Ratu Xang digantikan dengan kerajaan yang aman dan bahagia Puteri Adizatul dan Putera Singkong. dikurung Ratu Xang buat selama-lamanya tanpa ada sebarang hubungan dengan dunia luar(mcm af plak).
disuatu petang, dalam negeri mereka yang aman, duduk berdua kerabat itu di tengah laman.
"kanda, izinkan dinda bertanya."
"bertanya lah apa saja dinda, tiada kanda menbantah."
"mengapa kelihatannya warna kulit kanda jauh berbeda berbanding ayah dan bonda kanda yang cerah berseri?"
terdiam sejenak Putera Singkong mencari jawapan dan....
"ubi bakar dinda, ubi bakar...." jawab singkong.
".??"


(wait for siri budak hitam aku, 6siri)

4 comments:

Anonymous said...

Nanti aku kategorikan ko sebagai "din pencerita"... Hehehehehehehe.... :D

Sharon Rodriguez Charles @ Xang said...

wkakakaak^^ aku masuk af!!! yeye!!! hahahhahaha...

adiza said...

uik.....
nanti ko besokkkkkkk!!!!!!!!!
nama betul lagi tu terang2...
bersedialah besok arr...
hehehehehehee[evil laugh]

Azcona Nur Azleah LMF said...

sumpah!!!!

ini cerita benar2 lucu.

sy dpt cam lagi c fazlan bilang 'ubi bakar dinda....' dgn gaya dia yg agak menggetek tuh. hahahaha