Thursday, July 30, 2009

ini laa hidup

betul2..ini lah hidup. kalau tidak merungut, bukan hidup namanya.
dan betul kata orang, kita tidak akan sedar akan sesuatu selagi ia masih ada. akan kita hargainya bila sudah ia tiada...

uwaaa...
i miss my prens.
first, pau tze..my very best friend. the one yg aku nda boleh imagin kalu hilang dari mata. sorry kita nda ada jumpa sekali pun cuti ari tu. n aku masih harap kau muncul di uitm ni.dari dulu smpai ari ni..huhu

second, umar khalid. yang paling baik. sbb dia nda penah marah dgn aku yg selalu marah dgn dia.huhuhu jahat bah aku ni. dia laa harapan di kala aku perlu. a very best friend yg aku ada, bukan best laa tapi baik, nice suma laa. kalu cari kawan cari laa dia.

third, nonoi..mungkin aku nda brapa paham dia. tapi dia ok ja. walaupun dia anak bongsu but dia tau mcm mana mau survive. kalu kami sesat dlm hutan mungkin aku boleh harap laa dgn dia. ya kah noi?
kalu mau cr kwn yg ikhlas cari laa nonoi.

fourth, sae laa. funny, pun aku nda brapa mau paham but aloi paham laa dia. pun kalu sesat dalam hutan kami boleh hidup. a friend that u need. yg lain tanya dia laa.

no.5..singkong aka fazlan. yg ni susah sikit mau ckp. mungkin sbb aku spent lg banyak masa dgn dia so aku tau lg pasal dia. kalu mau tau pasal dia tanya ja dia sendri k.kalu sesat dgn dia dlm hutan, jangan sesat dgn dia..BISING!!! tapi harimau lari laa juga. kawan yg ok, ok ja..huhu boleh bawa ketawa smpai sakit perut. tapi bila dia bad mood, aku lagi suka lari dari dia. senang ja pujuk dia ni

sixth..adizatul amirah. dia ni adik fazlan. nama bapa durang sama. diam tapi pedas. so hati2 laa. kalu sesat dgn dia dlm hutan. dia takkan kasi tinggal kamu.jgn risau.
budak yg lucu, kecik lg dia ni. kawan yg aku suka mengaku kawan.

no.7..dirah. walaupun sblum ni nda rapat. dia kawan yg amat best. sama umur ngan adizatul tapi perangai nda sama. lucu juga, but jgn buli dia. kalu sesat dalam hutan dengan dia..boleh laa survive. kalu mau tau, tanyalaa dia.

these people, kalu kami semua sesat dalam hutan. aku sure suma keluar selamat ja. keluar pun sama2 sebab yg pasti dorang akan protect each other dan aku sanggup fight tuk dorang. kalu cari kawan carilaa dorang ni(kecuali yg no.5 hehe).dorang berkawan tanpa ada syarat.

minta ampun minta maaf, walaupun belum raya lagi, sbb aku tau aku kalu kamu sesat dlm hutan dgn aku mungkin susah untuk kamu mengharap on aku..

perpisahan kita..bukan tuk selamanya

ini bukan untuk selamanya

jari-jemari mu yang sentiasa bermain
urat-urat yang semakin menegang
hembusan nafas yang deras
degup jantung yang pantas

senyum dan tangis pada wajahmu
rasa puas dalam dadamu
benci yang menebal di hati
itu bukan selamanya

deras dan lemah langkah kakimu
lelah dan tinggi semangatmu
bangga dan malu dirimu
itu bukan selamanya

perasaan ini cerita ini
cinta kita kasih kita
tersimpan dalam dada dan akal ku
walau bukan selamanya

aku mahu kau tahu
dalam malu dan berahi cinta kita
aku mahu kau tahu
dalam indah dan benci kasih kita
aku mahu kau tahu
ini bukan untuk selamanya

akan tiba masa
semuanya dipersoalkan

akan tiba masa
pembalasan akan dijatuhkan

akan tiba masa
kita akan dipisahkan

akan tiba masa
cerita kita akan dipertontonkan

akan tiba masa
akan kita sesali cinta ini

sebelum ia tiba
aku mahu kau tahu,
kau pernah kudakap penuh kasih
kau pernah kuidamkan kala malam
kau pernah menjadi teman tidurku

walau ini bukan untuk selamanya
walau ini akan kusesali di mahsyar
walau ini dipertikaikan iman dan moral
kita pernah bersama...

Saturday, July 18, 2009

budak hitam, nonoi...

duduk lima budak hitam di tengah ruang tamu sebuah rumah. bercerita perihal masing-masing. berkongsi apa yang telah dilalui selama sehari. berkongsi cerita dan gossip harian. meluahkan isi hati dan masalah yang merunsingkan akal.
"tadi pagi, xang bagi aku kek. aku simpan atas meja sebelum aku pi mandi. tapi bila aku datang balik. kek tu tiada sudah atas meja. pening-pening." adu sae kepada budak hitam yang lain.
"ha!! kau tau tadi pagi. aku nampak ada orang kuar dari pintu dapur. tapi aku tak nampak jelas sebab spek aku jatuh." respon adizatul yang masih meraba lantai mencari spek dia.
"aku pun, aku pun ada nampak." kata carl pulak.
"ko nampak apa?" tanya mereka.
"masa aku driving lalu depan sini, aku nampak ada orang jalan tempang-tempang dari arah belakang umah ni tapi aku pun tak nampak jelas sebab ada kucing melintas." jawab carl menambah resah.
"masa ko driving tu, aku pun ada dekat-dekat sini." sampuk singkong.
"apa kau buat? adalah ko nampak juga?" tanya mereka pula.
"aku tengah pungut tin. ada ada!!. aku nampak ada orang tu, dia tengah bawa kotak pink. tapi aku tak nampak muka dia sebab ada kucing. aku baling kucing tu dengan tin takut dia datang dekat bah." jelas singkong dengan sekali nafas.
"kau noi. apa kau buat tadi pagi?" tanya semua pada nonoi yang sedang sibuk mengira bulu karpet.
"ooo..tadi pagi aku pun ada sini." jawab dia selamba.
"kau buat apa?" tanya lagi dorang ni lagi...
"aku tengah cari kucing aku. dia terpakai spek orang, jadi mata dia kabur tak jumpa jalan pulang. lepas tu aku nampak dan lepas tu aku makan."
"apa yang kau nampak? apa yang kau makan?" tanya semua tiada sabar.
"kucing kah?" tanya xang(tiba-tiba datang ni).
"bukan lah.!!"
"jadi apa..??!!" tanya mereka geram.
dengan muka innocent, nonoi cakap "kek..."


HAPPY BIRTHDAY NOI...16 july. waa, 20 sudah bukan lagi belas2. sama laa kita suma.

Friday, July 17, 2009

baru 2nd week

dis is about me...

aku mau cuci kain baju aku di mesin basuh coin operated...susah2 aku cari syiling, mesin tu telan duit aku.
lepass tu something happen n aku di cop kurang ajar di mini mart perindu pulaa..
tension bah!!

dan ari ni, bermula skandal aku dgn pekerja tuttttt.....tanpa aku relai. cuma satu salah faham sebenarnya. mungkin aku yang pikir dia suka aku dan sebaliknya.


buat masa ni, aku xboleh pi mini mart dan makan di tuuttttt...opss.
Ya Allah ya tuhan kami, tolong lah hamba Mu ini. jauhkan lah kami dari kesesatan di jalan nafsu Ya ALLAh..aminn

Monday, July 6, 2009

budak hitam, adizatul...

lima budak hitam main bawah kolong. main masak-masak. matahari sudah tegak di atas kepala. perut mula
berkeroncong baru teringat mahu balik rumah. maka berjalan pulang bersama lima budak hitam.
"aku teringin mau makan kek laa." singkong memecah sepi.
"aku pun. lapar ni." carl menyampuk.
"jom lah, kita pi tesco." nonoi dengan excited memberi cadangan.
"ee...kek dia keras macam batu. nda mau laa." sae buat muka menyampah tak puas hati dengan tesco.
"aku buat untuk kamu lah." adizatul bersuara.
"betul bah.?" kata budak-budak hitam.
"ar ah laaa. nanti aku minta tulung xang. kamu mau kek apa?"
"aku mau keju." kata singkong. "tapi kalu ada ubi kayu pun aku mau."
"gila. aku mau aaarr, alaa aku lupa laa." sae menggaru kepala pula.
"kek coklat la." (no one)
"kek vanila." carl merayu.
"kek free." kata nonoi.
"kekwa." xang menyampuk dari jauh. "hehehe..."

berpisah laa lima budak hitam di simpang lima.
bertemu laa lima budak hitam di simpang lima.
"yeah ada kek." jerit singkong.
"waa..besarnya kotak. nonoi terpesona.
"aku mau separuh." carl merayu lagi.
"jom duduk sana, kita makaaannn!!" sae buat muka kebulur.
berjalan lima budak hitam. duduk lima budak hitam di atas serambih. kotak yang tiada lepas dari pandangan lima budak hitam kini dibuka. wajah-wajah penuh harapan dan mata bersinar menanti kemunculan kek idaman.
"cake apa ni.?" soal 4 budak hitam serentak.
"kenapa lain rasa kek ni?" tanya nonoi.
"tidak rasa macam kek puunnn..." tambah seorang makcik kantin.
sambil menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengexplain, adizatul buat muka selamba dan berkata dengan kiut...."kek plastic.."