Friday, May 5, 2017

Pencinta yang berdusta

Ahh,
Lidah tidak bertulang,
Kau lontar kata manis,
Walau beribulemon patah,
Sesuku tidak bernilai.

Aahh,
Hati mudah berubah,
Kau janji semat dilubuk dalam,
Sekali terpandang si hitam manis,
Kau sudah tidak peduli si tompok comot.

Aaahh,
Semua dusta, bohong, tipu belaka,
Semalam kau kata sayang,
Kini kau buang katamu usang,
Dulu semua indah,
Kini madu kau kata masin.

Aaaahhhhhh,
Pergi saja bah,
Jangan kau cari salah ku,
Jauh jauh kau lari,
Jangan kau tipu aku,
Nikah saja dengannya,
Tidak perlu hina aku.

Aaaaahhhhhhhh,
Jahanam cinta mu,
Palsu.

Tuesday, May 2, 2017

"CONTRACT" HATI

Ehemm ehemm...
Pernah dengar istilah "Kahwin Kontrak"?
Mesti pernah.


Tapi yang ini berbeza, kerana kita tidak akan berkahwin.
Cuma bercinta dan berkasih sahaja.


Syaratnya mudah;


Cuma melibatkan tempoh masa 24 jam.
Sesudah 24 jam berlalu, anggap saja tidak pernah berlaku.
Tidak boleh melampaui batas ehemm ehemm.
Lelaki atau perempuan? No hal. Siapa sudi, sila kehadapan.
Tiada pertalian darah, bukan sepupu sepapat sepipit.
Syarat lain boleh ditambah sepanjang tempoh 24 jam perjanjian.
Makan, tengok movie, jalan-jalan dan lain-lain (up to u).
Tiada "selfie", "wefie", "you syok sendiri-fie".
Tiada rekod atau memori disimpan.
Just for fun.
Dan lain-lain...


Jangan segan, call me. hahaha