semua orang ingin cantik dan dipuja. namun tidak semua bertuah untuk memiliki wajah idaman. ketaksuban akan kesempurnaan pada fizikal mendorong sesetengah orang mengunakan jalan singkat untuk menjadi cantik. ada yang sanggup
berhabis duit untuk membuat pembedahan kosmetik. dan masih ada yang percaya pada dunia karut.
susuk. satu nama yang menggerunkan menggoda pada masa yang sama. ini kisah seorang teman yang ingin cantik. dan susuk menjadi jalan pintas buatnya.
miah xang, itu nama dukun atau bomoh yang cukup terkenal dalam dunia susuk. ramai yang datang padanya dengan satu hasrat. sekadar ingin cantik.
Puan Sae, bukan nama pura-pura. satu nama yang menggambarkan kecantikan abadi. dunia model ibarat miliknya bila kejelitaannya menjadi taruhan. walau usianya mencecah veteran namun kulitnya tiada dimamah usia. apa rahsianya, cuma air suam dan facial treatment katanya.
miss nonoi, pramugari yang pernah menimbulkan kontrovesi. wajahnya yang ayu terlalu menggoda. pernah dinobatkan secara tidak rasmi sebagai wanita yang paling kerap menerima lamaran dari vip, artis lelaki malah orang biasa. dimana jua di seluruh pelusuk malaya, setiap lelaki normal, semua memuja kecantikkannya.
bermula sebagai penjual bag plastic di dalam pasar ikan tidak menjejaskan popularitinya sebagai seorang celebrity. adizatul the vogue. nama yang menjadi rebutan penerbit filem dan komposer musik. gemersik suaranya tiada tandingan lagi, segala juara telah dimenangi walau dari negara seberang jua telah mengiktiraf suaranya.
kejelitaan abadi yang menuntut pengorbanan tinggi. nyawa insan tercinta, itu sebagai balasan kepada kecantikan abadi itu. andai ingkar maka hilang segala nikmat kecantikan yang dimiliki kini.
ini kisah si singkong. wajahnya yang amat tidak disukai oleh mana-mana awek yang di usha nya sering menjadi caci dan maki masyarakat primitif sekelilingnya.
maka bertemulah singkong dan miah xang. dijampi segala serapah. ditusuk segala jarum. tertanam berbagai jenis emas dan berlian pada wajahnya. tiada cukup ditambah lagi akar kayu dalam air mandian. tujuh lapis bunga dari kaki gunung si anu menjadi penawar.
bersilih ganti siang dan malam, pagi berubah petang tiada juga sudahnya ilmu susuk miah xang. terlalu rumit jampinya. menurut miah xang, amat dan terlalu tidak handsome si singkong. sehinggakan pelbagai jenis jampi terpaksa digunakan.
dipasang segala jenis pendinding pada wajahnya. sebelum sudah, bocor pendinding yang terpasang kerana ketidak handsomenya singkong. miah xang hampir kehabisan serapah. tujuh malam tiada lena memasang jampi saja.
berjuta sudah jarum tertanam dan ditusuk ke dalam wajah si singkong. tiada juga satu yang kekal. miah xang bertukar bingung. apa sudah terjadi? apa ada pantang dan larang tidak diendah? pada fikirannya, sebelm susuk terpasang maka belum ada lagi pantang yang perlu diturut.
tubuh singkong mula lemah, tiada mampu menahan segala jampi lagi. sudah tujuh pagi tiada dia menjamah sebarang alas perut. azam yang dulu setinggi jerai kini lemah tiada harapan. sedar dia bahawa wajahnya tiada mampu dapat merasa puja dan kecantikan. mahu saja dia berangkat pergi.
selama tujuh malam jua miah xang tiada melayan pelanggan lain kerana kalut akan singkong. risau dia sampai bila ini akan berterusan, khuatir dia akan jatuh muflis hilang customer. maka datang ilham di saat akhir...
"singkong, beginilah. kau pun tau kan muka kau memang buruk. jampi pun nda lut. so aku suggest ko..." berbisik miah xang ke telinga singkong.
"ha?? tapi itu... saya tak mampu. tolonglah miah xang, saya desperate nak glamour ni."
hanya menggeleng miah xang, tanda tiada ia mampu berbuat apa lagi.
maka terpaksalah melangkah pergi singkong patuh kepada nasihat miah xang. jauh dia berjalan bersama hati yang larah maka tiba dia ke lubuk yang dimaksudkan. demi glamour katanya dia rela.
terkumat kamit dan bergetar-getar bibir singkong membaca serapah.
"cut!! bagus-bagus. awaklah yang kami cari. ok semua. inilah dia, pemegang watak utama untuk filem kita ni.
watak si 'Pewaris Jembalang Air Si Hantu Raya yang Huduh'. tahniah singkong."
"tahniah."
"tahniah."
"tahniah. ko mimang buruk bah." the end
(jangan marah singkong)
8 comments:
wakakakakakakak!!!~~ miah xang!!!~~~ cian bah c singkongggg.....
hohohoho...
adidei... singkong...
jan mrh ah..,
haha klakar gler... sian si singkong tapi glamour jugak akhirnye kan...
oiiii! aku rogol ko tem ko tidur nnt...jaga kaw !!!! :P
thank u...
eee...singkong nda mau aku. gbah ckp ko glamor jg bah pstu.
xang..nnt ada lgi watak ko. tggu ja.
(miah tu nama ja k, hope u dun mind)
realiti itu amat menyakitkan...heheheeh
noi...
sememangnya.
Post a Comment