Friday, July 1, 2011

jack dan benih kacang ajaib

cikgu patak : murid-murid itam, eh sasul ja bah. siapa sudah pernah baca buku cerita jack dan kacang ajaib?
munyit: sigu, siya pernah baca. cerita dia ada gergasi, pokok kacang yang tinggi, angsa bertelur emas dan lain-lain.
budak-budak itam : kami pun pernah. sigu pernah baca kah?
cikgu patak : cikgu nda pernah baca sebab tu cikgu tanya kamu. sekarang cikgu mahu tanya apa penghujung cerita tu?
singkong : ermm... tu gergasi kejar jack tapi jack tebang tu pokok kacang. gergasi tu jatuh dari atas sampai ke bumi dan mati di tempat kejadian, sigu.
lunguk : ee! bukanlah. bukan macam tu sigu, tu belum hujung lagi. tu pokok kacang kan tinggi, jadi bila tumbang kena laa atas bumi. menurut laporan daripada siasatan yang telah dijalankan oleh JKK kampung, 15 buah kampung kena hempap melibatkan 831 buah rumah dan satu reban ayam.
cikgu patak : hah??? *garu kepala
munyit: lepas tu, jack jadi tuan tanah kepada 15 buah kampung yang tiada penduduk tu. and he live happily ever after.
iki : salaaah~~~ dia kena tangkap oleh raja syafiq, pemerintah kerajaan putih, dan dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat kerana cuai hingga menyebabkan kematian.
lunguk : bukan dia membela diri dengan alasan "self defence" ka?
munyit : ya, tapi nda kena terima sebab dia pun salah sebab menceroboh harta "gergasi" tu. kira membunuh tanpa niat laa.
cikgu patak : *pening sudah.

minggu pertama praktikal di mahkamah magistret sudah selesai, minggu depan di session court pula. so far so good, hehe. separuh hati tertinggal di putrajaya, sebelah ja ada di KK ni tapi apa boleh buat pasrah ja lah.

No comments: