Sunday, August 21, 2011

i love you.

akan ada waktu dan persimpangan kita disoal "siapa yang tersayang?".
sebagai Abdullah, hamba Allah S.W.T cinta pertama kita mestilah pada Tuhan yang menciptakan kita. Tiada Tuhan selain Allah S.W.T.

Namun sebagai manusia biasa, susah untuk lari dari hakikat kita mencintai hamba Allah yang lain sepenuh jiwa. Dan, kadang-kala apabila terpaksa memilih antara dua, kita lebih terikat pada duniawi.

Aku juga manusia biasa, iman cuma seteguh dahan nan rapuh. Jadi aku memilih mencintai mereka yang mencintai aku seadanya aku. Ibu bapa aku, abang-abang aku dan adik-adik aku.
Gaduh dari kecil, merajuk hari-hari, marah hari-hari tapi esoknya masih tersenyum padaku. Masih sayang.

Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat Mu ya Allah jauhkanlah kami dari azab seksa neraka MU ya Allah. Amiin ya Rab.

Thursday, August 18, 2011

aku...

hari ni, its all about me.. hehe not really lah.

siang, tension dengan reigstration untuk elektif paper. nda dapat ambik apa yang aku mahu. Y.Y
ok terima kenyataan, tiap-tiap semester macam tu.

duduk depan cermin dan ingat pesan scandal, eh sasul, kawan, think positive sebab positive thinking akan menarik positive effect hehe. ntah.

tiba-tiba petang pula, adoiii. aidilfitri mungkin 30hb8.. dan aku dengan segala kebodohan yang amat beli tiket balik 7hb9. WHY..???!!!!!
"rasa laa ko oren!"

now, pukul 10.17pm. malam ramadhan 19. tengah duduk depan laptop abang tiba-tiba ada orang pasang lagu " aku inginkan dirimu, hadir dan temani aku...." ok i hate this song tiba-tiba. tiada kerja lain kah pasang lagu kuat-kuat malam camni. adoiiii luluh hati aku dengar lagu ni.

pssttt..i'm tired. penat otak, penat hati, penat penat.. dahi berkedut-kedut sudah ni tension. macam orang tua sudah muka ni.

Thursday, August 11, 2011

adoiiii...

apa ada dalam otak hari niii

1. hari raya tahun ni nda sama dengan tahun sebelum ni. ada yang kurang, ada yang tiada.
2. nda mau any relationship lagi. aku nda sesuai tuk apa-apa jenis relationship hoho.
3. komitmen masa depan telah ditetapkan untuk adik-beradik dan parents. masalah ni nda akan selesai.
4. need to stop running away dari masalah. sebab ada masalah yang aku nda boleh lari. bak kata shin chan "majalah keluarga". yup, nda boleh lari dari "majalah keluarga". i'm part of it. adoiii
5. baru puasa hari ke 11, kenapa laa jiran ni pasang lagu raya kuat-kuat. adoiii aku nda suka lagu raya, not in this mood bila hari raya macam nda ada tahun.

pssssttt...i'm sorry.

Tuesday, August 9, 2011

umur bukan sekadar nombor.

sesetengah orang kata, umur sekadar angka. yang penting jiwa yang muda selalu hehe.
tapi..

1. dulu masa budak, aku nda pernah tahu atau diberitahu masalah atau terbeban dengan masalah dalam keluarga. tapi sekarang, aku juga perlu memerah otak dan tenaga.

2. dulu nda wajib puasa hehe, sekarang wajib ok.

3. dulu masa budak senang ja buat kawan. jumpa ja mana-mana budak umur sebaya boleh terus panggil kawan. tapi sekarang, kawan mengumpat kawan inikan pula mahu percaya orang lain.

4. dulu masa budak its ok bila kena tipu sebab nda terasa sakit hati. tapi sekarang, susah mahu percaya orang lebih-lebih lagi lepas first love. broken heart lebih senang sembuh berbanding broken trust.

pssttt...kadang-kadang terasa seperti sudah jatuh lepas tu ditimpa tangga. mungkin diri ni lupa Tuhan sebab tu masalah datang bertimpa-timpa. ya betul bumi mana tidak ditimpa hujan, tapi setiap yang berlaku ada sebabnya. life must go on.

Monday, August 8, 2011

komen-koman di fb

so???
komen ja pun bukan phone call.

kalau nda reply nanti orang cakap sombong pula. ingat fb tu bapa aku punya, boleh larang apa orang lain mahu buat.

huh!
buat ja lah apa kau mahu buat. aku nda kisah sudah. penat sudah aku minta perhatian.

tips buat yang berkenaan, if somenone merajuk to you... belitkan lidah anda, gunakan setiap peluang walau sekecil semut untuk menampakkan bahawa si perajuk yang bersalah. hahaha selamat breakup.

pstttt, i'm single. anyone?

Sunday, August 7, 2011

jeles

aku ada kenal seorang makhluk Allah ni. mau cakap kawan, boleh laa kata kawan tapi bukan kawan baik. mau kata sahabat, ermm bukan kali sebab sahabat tidak mengumpat sahabat (alaaa aku pun penah umpat dia hoho)

tapi satu yang pasti, aku selalu cemburu aka jealous dengan dia.

1. dia macam tiada masalah.
2. dia kulit yang best.
3. dia ada orang yang betul-betul sayang dia.
4. dia happy dengan hidup dia.
5. dia boleh dikatakan baik. (entah)
6. aku jeles dengan dia..

psssttt..bf dia hensem (i think)

Saturday, August 6, 2011

luv no one, but urself..

adoiii.. siapa bah yang cakap " love no one but yourself"..?

kadang-kadang ada betullnya, tapi berpada-pada lah. sayang pada seorang manusia yang lain harus berpada-pada. tiap perkara itu ada batasnya.

contohnya.
1. jangan disebabkan sang kekasih, anda sanggup beli tiket awal.
- sebabnya, kalau laa, kalau, dia kala cuti itu tiba-tiba putus hubungan. adoiii, menyesal tak sudah beli tiket awal kan. plan pi dating, sekarang jadi ikan kering sebab boring.

2. jangan pindah rumah sebab ikut kawan atau kekasih (bahaya ni).
-sebabnya, kawan boleh putus dan tunang pun boleh putus inikan pula kekasih. so sekarang macam mana ni? "tinggal bawah jambatan laa tunggu jumpa rumah baru." *adoiii

bah cukup lah dulu..

Tuesday, August 2, 2011

tips memujuk..

salah satu sebab-sebab orang merajuk ; minta kena pujuk laaaa....
dengan itu mari kita tengok sedikit cara untuk memujuk mereka-mereka yang sedang merajuk.

1. diam ja bila orang yang merajuk tu mengamuk dalam phone.
2. lepas dia letak phone sebab sakit hati, biarkan. jangan hantar mesej atau call dia balik.
3. dia akan call balik. (minta dipujuk) sekarang, cakap segala sebab musabab atau alasan anda yang berkaitan. kalau anda pakar, buat macam dia merajuk tidak bertempat.
4. lepas dia letak phone, hantar mesej minta dia jangan marah kepada anda..please~~~
5. selepas beberapa jam (2jam), hantar mesej, masih marah kaaa..?
6. kalau tiada balasan atau respon dari orang yang merajuk, biarkan....
7. dan... pastikan ego anda menang.

tahniah, anda telah berjaya untuk tidak memujuk. terima kasih daun keladi, nanti baca lagi.

pjj - perhubungan jarak jauh =p

hohoho.. marhaban ya ramadhan, hari ni 2nd ramadhan. harap-harap puasa ni dapat pahala dan bukan lapar semata-mata.

ok jom cerita pasal PJJ ni.
satu perkara yang paling problem pjj is bila salah seorang merajuk. disini bermula keadaan dimana kedua-dua parti yang terlibat tidak berbalas mesej atau angkat phone (kalau angkat pun macam nda mau angkat ja) dan penghujungnya...abis cerita.

1. kedua-dua parti harus sedar, si dia merajuk mesti bersebab. cuba ingat apa yang anda buat atau apa yang anda tidak buat.
2. kedua-dua parti harus sedar, kalau hari-hari merajuk mesti yang lagi satu fikir "aku nda buat apa-apa pun merajuk. cubalah paham sikit aku busy ka, penat ka...adoii"
3. kedua-dua parti harus sedar, diam tidak menyelesaikan masalah yang ada. so jangan la diam, say something. adoiiii

Monday, August 1, 2011

to a friend

hehe aku berani post ni sebab aku tau ko nda akan baca ni.

to a gurl named (censored),

terus terang, sikit pun aku nda pernah marah. sikit pun aku nda pernah lupa. sikit pun aku nda pernah kecik hati. sikit pun aku nda pernah nda rindu.
tapi,
sepenuh hati aku minta maaf sebab buat kau sedih. sepenuh hati aku katakan kau nda pernah buat salah dan tiada sebab untuk kau minta maaf.
dan,
aku minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa lari dari kau. ada sebab yang aku nda boleh bagitau. satu sebab.

macam lagu anuar zain, versi english untuk lagu sedetik lebih, aku katakan the memories remained. kita mandi hujan, kita kawan dari darjah 5 and yang paling aku ingat masa form 3. walau sekejap, 2 minggu, aku ingat sampai sekarang benda tu.

aku yang patut minta maaf. Meng, i'm sorry.

marhaban ya Ramadhan.

alhamdulillah, sempat aku sampai ramadhan tahun ni.
"sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah taala."

pagi-pagi 1st ramadhan aku dah makruh..adoiii.