Sunday, April 12, 2009

berhenti berbicara

pada srikandi yang merampas ruang kedua dalam hati aku(after my mom)...

aku sesungguhnya tidak mengerti pada rasa hati ini yang sebenar.
aku sesungguhnya keliru adakah kau punca jantung ini berdetak pantas.
aku sesungguhnya keliru wajah kau kah yang aku rindu.

tapi
aku mahu kau nantikan aku walau sebagai seorang teman.
aku masih mahu menemui mu walau di sebalik dunia sana.

aku tatap dengan hati coret kata-katamu. aku tersenyum dan aku gembira kau masih penuh keazaman sama seperti aku mengenali mu dulu. aku tahu kau berdarah pahlawan dan pasti mampu menahan balas serang musuh. pada gambar kecil itu, kau semakin berisi.

aku sudah berhenti membenci mu kerna aku tidak mampu membenci hati aku sendiri.
aku mendoakan bahgia dunia mu, disini dan disana...
dan aku bukan lah yang layak untuk memiliki mu kerana kau terlalu tinggi tarafnya untuk aku.

kau Nur jalan ini.

3 comments:

illi said...

wahai din...
sudahkah anda lupakan saya disini?

Ron Veronicazo said...

mendalam.

iki said...

dalam ka...
jaga, nnt tenggelam plak.