Wednesday, April 22, 2009

malas mau explain laa.!!




Name : Bab 1(me)
Charge : Hypocrite. Merajuk without reason. Dunno how to jaga others feeling.
Defence : the stories, the love... was real and true. it come from deep inside this hypocrite heart of mine..opss

Held : " hahaha, u r found guilty for merajuk. u shall be kick out off this community."

Press conference..
"sorry but i dun accept blames. hehehee. aku nda tau aku hipokrit. yang aku tau aku nda salah. awek tu cakap dengan yang lain aku indirectly minta beli baby milo tu. i knew pasal ni 10th april, lepas last lecture. so aku nda tau bilanya yang aku berpura-pura sedangkan nda jumpa pun lepas tu. lupa plak, as if kamu mau baca lagi semua ni lepas baca the last post. so there is no point to jernihkan keadaan. why susahkan diri kan. apa pun Good Luck laa juga(nda ikhlas ni).."

nota kaki: at first mau jumpa sbb ada yg misunderstood point dlm the last post but malas laa. as if ada yang sudi. aku pun bukan suka cerita benda yg buat aku marah.

Sunday, April 12, 2009

berhenti berbicara

pada srikandi yang merampas ruang kedua dalam hati aku(after my mom)...

aku sesungguhnya tidak mengerti pada rasa hati ini yang sebenar.
aku sesungguhnya keliru adakah kau punca jantung ini berdetak pantas.
aku sesungguhnya keliru wajah kau kah yang aku rindu.

tapi
aku mahu kau nantikan aku walau sebagai seorang teman.
aku masih mahu menemui mu walau di sebalik dunia sana.

aku tatap dengan hati coret kata-katamu. aku tersenyum dan aku gembira kau masih penuh keazaman sama seperti aku mengenali mu dulu. aku tahu kau berdarah pahlawan dan pasti mampu menahan balas serang musuh. pada gambar kecil itu, kau semakin berisi.

aku sudah berhenti membenci mu kerna aku tidak mampu membenci hati aku sendiri.
aku mendoakan bahgia dunia mu, disini dan disana...
dan aku bukan lah yang layak untuk memiliki mu kerana kau terlalu tinggi tarafnya untuk aku.

kau Nur jalan ini.

Friday, April 10, 2009

budak hitam, singkong.

disuatu petang duduk bersama 5 budak hitam. sae, yang paling tua, sedang sibuk memantapkan vokalnya. carl yang
paling rendah(opss), bergayut di dahan pokok supaya lekas tinggi. nonoi, suka kucing, sedang melayan abang-abang
senior kampung mereka. adizatul baru balik dari kerja sambilannya menjual bag plastic di pasar ikan. dan singkong yang
paling gelap, sedang menyikat bulu kakinya.
tiba-tiba...
"kamu tau, kalu aku nyanyi kan..satu malaya ni terpukau." kata sae dengan bangganya.
"elehhh, aku lagi hebat. belum pun orang tu minta, aku tau dia mau beli plastic aku. neeyy!" balas adizatul.
"mau juga tembirang bah. tengok ni, semua kucing suka aku sebab aku kiut." sambil nonoi membelai rambutnya.
"alaa...aku pun kiut. semalam aku tambah lagi dua awek dalam list." carl turut sama memuji diri sendiri.
kemudian...
"aku pun hebat, kiut dan memukau bah." singkong menyampuk tidak mau kalah.
"apa yang kau ada?" kata mereka serentak.
"semalam masa aku jalan-jalan, aku nampak satu biawak besar tepi longkang hujung sana. aku datang lah dekat."
"lepas tu?" soal mereka lagi.
"aku pun cakap..'hhhaaai' dekat dia." nganga singkong.
"ko tau apa jadi lepas tu?" soal singkong plak.
"apa yang jadi?" dorang tanya lagiii...
dengan bangga, singkong berdiri sambil mendada tinggi. "biawak tu pengsan.."


"buweeekkk, bau bangkai.!!" kata sang biawak.

happy 20th birthday to singkong, hua hua...

Monday, April 6, 2009

terus saja diam..

nota-nota kecil dari akal tercapai oleh hati
tertulis ia datang dari kotak memori
bersama nota nota kecil himpunan fail fail
terdetik pada naluri hati ingin meratah isi fail fail
cuba mencari apa usul yang ada pada fail-fail

saraf saraf motor terhenti
ditahan hati
impuls yang dikirim dari akal dibawa bersama
hati cuba menyelongkar apa didalam fail fail

tertanya-tanya hati
mengapa fail fail dari kotak memori dibawa keluar
mengapa ada nota nota kecil menjadi memo untuk saraf motor

diselak selak fail fail
cerita cerita dari kotak memori yang dibawa keluar
diteliti satu persatu fail fail
hati tiada mengerti

mengapa memori tentangnya dibawa keluar
jauh dari kotak memori
apa gerangan akal mengarahkan saraf motor sebegini

diperhati pada nota nota kecil
pada satu perkara hati tidak menduga
terkejut menatap pada kenyataan pada nota nota kecil

akan dilupus fail fail
fail ingatan pada dia
dia yang diidamkan hati
dilupus menjadi angan

diakhiri nota nota kecil
terlihat hasil tulis tangan dari iman
rupanya akal telah diperintah iman
kotak memori telah digeledah insaf

hati memberontak
tiada mahu dia membenarkan saraf motor berlepas
mengapa dan mengapa soal hati pada akal

kerana iman dan dosa
kerana hukum alam
kerana lelaki dan perempuan
kerana nurul dan demi nurul dan farid

hati diam
hati rindu
hati diam
hati mengerti erti haram
hati diam
terus saja diam...

Thursday, April 2, 2009

fikir-fikir laa...

tadi (01.April.2009) aku dengar "something dari radio. roomate aku yang pasang.
tajuk untuk petang ni berkenaan risiko.

orang yang berkata-kata tu pun start laa..
dia kata semua benda ada risiko.
belajar di IPT risikonya kegagalan, mendaki ke puncak yang tinggi risikonya jatuh ke bawah (aku skip yg lain)

aku dengan setia menunggu apa pula nassihat yang dia nak bagi hari ni yang berkenaan dengan risiko.
tapi...
lepas dia senaraikan perkara2 dan risiko2nya, dia cakap...
"janganlah pula kita jadi dayus, kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. fikir2kanlah." lebih
kurang macam tu laa bunyinya tapi maksud tak lari, aku sure.

mula2 aku tak faham pastu aku fkir sendiri.
dia maksudkan jangan ambil risiko kah..???

semua orang pun takut dengan risiko, tapi risiko tu wujud untuk ditangani dan menggalakkan kita untuk berfikir lebih
luas dan mencari cara mengurangkan risiko.
kalau taknak jadi dayus dan mengaku memang takut, takkanlah kena buat pilihan untuk tidak buat apa2 pun.
antara benda yang takda risiko kita boleh buat is doing nothing.

risiko itu kita yang pilih dan boleh kita elak atau kurangkan...bernafas pun ada risiko, risiko kuman masuk ikut
udara yang kita sedut tu.hehehe fikir-fikirkan laa