Tuesday, May 26, 2015

sekali lagi kerana akwa

Terputus bicara,
dia tiada lagi mahu bertemu ku.
dia tiada lagi mahu merindu ku.

Pedih seluruh raga ku,
menanggung beban rindu.
Menanggung beban terluka.

Andai dia mengerti,
aku mahu sekali lagi.
sekali lagi bersama.
sekali lagi mendakap erat tangan.
sekali lagi menatap bibir merah.
sekali lagi merasa hembus nafas.

ku harap dia mengerti.
aku mahu dia menanti ku kembali.
kembali bersama sekali lagi,
selamanya.

Wednesday, February 11, 2015

dia menawan hatiku

Nurzhara,
terlalu manis senyumnya,
bundar matanya bersinar,
halus bibirnya petah berbahasa,
degil ingkarnya melucukan.

Setiap geri diperhati,
setiap gerak ditiru,
terlalu memikat.

Dia menawan hatiku,
tiap detik terkenang,
lirik matanya dirindu,
dia menawan hatiku.

Semoga terjaga oleh Nya,
agar sejahtera dunia,
agar terjamin jannah,
agar solehah hatinya.

Tuesday, February 10, 2015

Kembali bicara...

Bagai sang bisu,
tiada bersuara tiada bicara...

kini,
mahu kembali memegang pena,
menyusun kata mengatur bahasa...

Kini,
mengubat rindu dan luka,
jari tangkas mencarik abjad menjadi kata...

Semoga,
sejahtera hendaknya disini dan disana,
tenang hatinya disini dan disana,
kembali memegang pena.

Kembali bicara.

Tuesday, September 18, 2012

ini sudah lebih!!

1. kau yang start dulu. contohnya "rindu nak goreng ayam sama2."
2. sakit la b****k!

- macam mana pun aku try tuk lupa, try tuk maafkan, still benda tu terngiang-ngiang dalam kepala. first time kena buat macam tu. masa kena rompak dulu pun, perompak tu nda da la buat sampai aku jatuh macam tu.
sorry, aku memang benci kali ni.

Saturday, August 11, 2012

cita-cita saya..

17 tahun dulu, cita-cita saya ialah ingin menjadi peguam. satu hari tu, ada orang tanya saya apa cita-cita saya. "jadi peguam." orang tu cakap, "peguam nda bagus, tolong orang jahat."

lepas tu, masa tingkatan 5 saya teringin mahu belajar hotel management tapi parents saya nda bagi. demi mengelak ambil apa yang bapa saya suruh, saya aplly tuk belajar law.

tapi tu cerita lama,
cerita baru sekarang ni sudah totally different. menjadi seorang repeater tegar buat saya pikir balik.
ada seorang kawan ni tanya saya, "ko masih nak join legal field ka?" to be honest, jawapan saya tidak. why? sebab saya nda pandai.

sekian.

Saturday, June 16, 2012

kalaulah

kalaulah aku single. (hehe)
mesti aku nda payah sakit hati macam ni.
mesti aku nda payah rasa jealous.
mesti aku nda payah kisah pasal ko.
mesti aku boleh kawan dengan siapa ja aku mau.
mesti aku lagi happy.
mesti aku ada hati yang lebih sihat.
mesti aku nda kena tipu hari-hari.

aku memang pernah buat salah, tapi lepas semua ni " ada aku kisah!!!!!" mencarut*

Friday, June 15, 2012

one after another.

tipu.
nda pa tipu ja.