Ahh,
Lidah tidak bertulang,
Kau lontar kata manis,
Walau beribulemon patah,
Sesuku tidak bernilai.
Aahh,
Hati mudah berubah,
Kau janji semat dilubuk dalam,
Sekali terpandang si hitam manis,
Kau sudah tidak peduli si tompok comot.
Aaahh,
Semua dusta, bohong, tipu belaka,
Semalam kau kata sayang,
Kini kau buang katamu usang,
Dulu semua indah,
Kini madu kau kata masin.
Aaaahhhhhh,
Pergi saja bah,
Jangan kau cari salah ku,
Jauh jauh kau lari,
Jangan kau tipu aku,
Nikah saja dengannya,
Tidak perlu hina aku.
Aaaaahhhhhhhh,
Jahanam cinta mu,
Palsu.
sesudu hati, secamca kasih, secubit setia, segenggam dendam... ini ialah dunia imaginasi ku, tiada niat untuk menyamai sebarang watak dunia realiti. andai ada persamaan ia hanyalah kebetulan yang tidak ku sengajakan... this is just for the enjoyment of writing...
Friday, May 5, 2017
Tuesday, May 2, 2017
"CONTRACT" HATI
Ehemm ehemm...
Pernah dengar istilah "Kahwin Kontrak"?
Mesti pernah.
Tapi yang ini berbeza, kerana kita tidak akan berkahwin.
Cuma bercinta dan berkasih sahaja.
Syaratnya mudah;
Cuma melibatkan tempoh masa 24 jam.
Sesudah 24 jam berlalu, anggap saja tidak pernah berlaku.
Tidak boleh melampaui batas ehemm ehemm.
Lelaki atau perempuan? No hal. Siapa sudi, sila kehadapan.
Tiada pertalian darah, bukan sepupu sepapat sepipit.
Syarat lain boleh ditambah sepanjang tempoh 24 jam perjanjian.
Makan, tengok movie, jalan-jalan dan lain-lain (up to u).
Tiada "selfie", "wefie", "you syok sendiri-fie".
Tiada rekod atau memori disimpan.
Just for fun.
Dan lain-lain...
Jangan segan, call me. hahaha
Pernah dengar istilah "Kahwin Kontrak"?
Mesti pernah.
Tapi yang ini berbeza, kerana kita tidak akan berkahwin.
Cuma bercinta dan berkasih sahaja.
Syaratnya mudah;
Cuma melibatkan tempoh masa 24 jam.
Sesudah 24 jam berlalu, anggap saja tidak pernah berlaku.
Tidak boleh melampaui batas ehemm ehemm.
Lelaki atau perempuan? No hal. Siapa sudi, sila kehadapan.
Tiada pertalian darah, bukan sepupu sepapat sepipit.
Syarat lain boleh ditambah sepanjang tempoh 24 jam perjanjian.
Makan, tengok movie, jalan-jalan dan lain-lain (up to u).
Tiada "selfie", "wefie", "you syok sendiri-fie".
Tiada rekod atau memori disimpan.
Just for fun.
Dan lain-lain...
Jangan segan, call me. hahaha
Thursday, March 17, 2016
Salam Ulang tahun ke-27
Sukacita diumumkan,
bertambah umur,
bertambah singkat usia.
Tahniah,
semoga bertambah matang,
semoga bertambah ilmu,
semoga berkekalan amal.
Teruskan hidup,
lupakan masa lalu,
abaikan memori manis,
tetapkan garis hidup baru.
Semoga sejahtera dunia dan akhiratmu. Aamiin
bertambah umur,
bertambah singkat usia.
Tahniah,
semoga bertambah matang,
semoga bertambah ilmu,
semoga berkekalan amal.
Teruskan hidup,
lupakan masa lalu,
abaikan memori manis,
tetapkan garis hidup baru.
Semoga sejahtera dunia dan akhiratmu. Aamiin
Tuesday, May 26, 2015
sekali lagi kerana akwa
Terputus bicara,
dia tiada lagi mahu bertemu ku.
dia tiada lagi mahu merindu ku.
Pedih seluruh raga ku,
menanggung beban rindu.
Menanggung beban terluka.
Andai dia mengerti,
aku mahu sekali lagi.
sekali lagi bersama.
sekali lagi mendakap erat tangan.
sekali lagi menatap bibir merah.
sekali lagi merasa hembus nafas.
ku harap dia mengerti.
aku mahu dia menanti ku kembali.
kembali bersama sekali lagi,
selamanya.
dia tiada lagi mahu bertemu ku.
dia tiada lagi mahu merindu ku.
Pedih seluruh raga ku,
menanggung beban rindu.
Menanggung beban terluka.
Andai dia mengerti,
aku mahu sekali lagi.
sekali lagi bersama.
sekali lagi mendakap erat tangan.
sekali lagi menatap bibir merah.
sekali lagi merasa hembus nafas.
ku harap dia mengerti.
aku mahu dia menanti ku kembali.
kembali bersama sekali lagi,
selamanya.
Wednesday, February 11, 2015
dia menawan hatiku
Nurzhara,
terlalu manis senyumnya,
bundar matanya bersinar,
halus bibirnya petah berbahasa,
degil ingkarnya melucukan.
Setiap geri diperhati,
setiap gerak ditiru,
terlalu memikat.
Dia menawan hatiku,
tiap detik terkenang,
lirik matanya dirindu,
dia menawan hatiku.
Semoga terjaga oleh Nya,
agar sejahtera dunia,
agar terjamin jannah,
agar solehah hatinya.
terlalu manis senyumnya,
bundar matanya bersinar,
halus bibirnya petah berbahasa,
degil ingkarnya melucukan.
Setiap geri diperhati,
setiap gerak ditiru,
terlalu memikat.
Dia menawan hatiku,
tiap detik terkenang,
lirik matanya dirindu,
dia menawan hatiku.
Semoga terjaga oleh Nya,
agar sejahtera dunia,
agar terjamin jannah,
agar solehah hatinya.
Tuesday, February 10, 2015
Kembali bicara...
Bagai sang bisu,
tiada bersuara tiada bicara...
kini,
mahu kembali memegang pena,
menyusun kata mengatur bahasa...
Kini,
mengubat rindu dan luka,
jari tangkas mencarik abjad menjadi kata...
Semoga,
sejahtera hendaknya disini dan disana,
tenang hatinya disini dan disana,
kembali memegang pena.
Kembali bicara.
tiada bersuara tiada bicara...
kini,
mahu kembali memegang pena,
menyusun kata mengatur bahasa...
Kini,
mengubat rindu dan luka,
jari tangkas mencarik abjad menjadi kata...
Semoga,
sejahtera hendaknya disini dan disana,
tenang hatinya disini dan disana,
kembali memegang pena.
Kembali bicara.
Tuesday, September 18, 2012
ini sudah lebih!!
1. kau yang start dulu. contohnya "rindu nak goreng ayam sama2."
2. sakit la b****k!
- macam mana pun aku try tuk lupa, try tuk maafkan, still benda tu terngiang-ngiang dalam kepala. first time kena buat macam tu. masa kena rompak dulu pun, perompak tu nda da la buat sampai aku jatuh macam tu.
sorry, aku memang benci kali ni.
2. sakit la b****k!
- macam mana pun aku try tuk lupa, try tuk maafkan, still benda tu terngiang-ngiang dalam kepala. first time kena buat macam tu. masa kena rompak dulu pun, perompak tu nda da la buat sampai aku jatuh macam tu.
sorry, aku memang benci kali ni.
Saturday, August 11, 2012
cita-cita saya..
17 tahun dulu, cita-cita saya ialah ingin menjadi peguam. satu hari tu, ada orang tanya saya apa cita-cita saya. "jadi peguam." orang tu cakap, "peguam nda bagus, tolong orang jahat."
lepas tu, masa tingkatan 5 saya teringin mahu belajar hotel management tapi parents saya nda bagi. demi mengelak ambil apa yang bapa saya suruh, saya aplly tuk belajar law.
tapi tu cerita lama,
cerita baru sekarang ni sudah totally different. menjadi seorang repeater tegar buat saya pikir balik.
ada seorang kawan ni tanya saya, "ko masih nak join legal field ka?" to be honest, jawapan saya tidak. why? sebab saya nda pandai.
sekian.
lepas tu, masa tingkatan 5 saya teringin mahu belajar hotel management tapi parents saya nda bagi. demi mengelak ambil apa yang bapa saya suruh, saya aplly tuk belajar law.
tapi tu cerita lama,
cerita baru sekarang ni sudah totally different. menjadi seorang repeater tegar buat saya pikir balik.
ada seorang kawan ni tanya saya, "ko masih nak join legal field ka?" to be honest, jawapan saya tidak. why? sebab saya nda pandai.
sekian.
Saturday, June 16, 2012
kalaulah
kalaulah aku single. (hehe)
mesti aku nda payah sakit hati macam ni.
mesti aku nda payah rasa jealous.
mesti aku nda payah kisah pasal ko.
mesti aku boleh kawan dengan siapa ja aku mau.
mesti aku lagi happy.
mesti aku ada hati yang lebih sihat.
mesti aku nda kena tipu hari-hari.
aku memang pernah buat salah, tapi lepas semua ni " ada aku kisah!!!!!" mencarut*
mesti aku nda payah sakit hati macam ni.
mesti aku nda payah rasa jealous.
mesti aku nda payah kisah pasal ko.
mesti aku boleh kawan dengan siapa ja aku mau.
mesti aku lagi happy.
mesti aku ada hati yang lebih sihat.
mesti aku nda kena tipu hari-hari.
aku memang pernah buat salah, tapi lepas semua ni " ada aku kisah!!!!!" mencarut*
Friday, June 15, 2012
Friday, June 8, 2012
dont care dont know
bayangkan dinding yang putih, di tengah2 ada 1 bulat kecil warna hitam.
warna mana yang paling jelas kau nampak?
secara tipikalnya, kebanyakan orang akan nampak yang hitam saja. putih sebesar-besar alam tu mesti kena ignore ja.
so sekarang ni....
kalau orang tu nda peduli pasal diri dia sendiri, nda kisah dosa besar atau kecil yang dia buat. biarkan. biarkan. biarkan. pandai-pandai lah mak bapak dia jawab di mahsyar nanti. mungkin hati sudah tertutup? tolong lah pakai akal tu untuk berfikir bukan untuk melucah. bongok.
tapi tu lah, skrang ni aku nda kisah, nda tau dan nda mau tau pun.
warna mana yang paling jelas kau nampak?
secara tipikalnya, kebanyakan orang akan nampak yang hitam saja. putih sebesar-besar alam tu mesti kena ignore ja.
so sekarang ni....
kalau orang tu nda peduli pasal diri dia sendiri, nda kisah dosa besar atau kecil yang dia buat. biarkan. biarkan. biarkan. pandai-pandai lah mak bapak dia jawab di mahsyar nanti. mungkin hati sudah tertutup? tolong lah pakai akal tu untuk berfikir bukan untuk melucah. bongok.
tapi tu lah, skrang ni aku nda kisah, nda tau dan nda mau tau pun.
Friday, April 20, 2012
siapa....aduh siapa bah
hidup ni bukan sendiri-sendiri. ada ahli kumpulan, ada komuniti, ada masyarakat sekeliling, ada kawan, ada musuh dan ada teman.
persoalan, siapa kita patut percaya.?
ermm susah jawab ni. kata orang, lain dulang lain isi lain orang lain hati.
ada orang pernah kena tipu, ada orang pernah menipu. tapi adakah ini bermaksud kita tidak patut percaya diri sendiri dan orang lain?
susah-susah.
atau patut ketepikan saja persoalan ini dan teruskan hidup seperti mana yang seharusnya.?
tapi pada pendapat diri ini, percaya pada mereka yang disekitar mu tapi berpada-padalah. peka dan buka minda. harus curiga dan harus percaya.
tapi yang pasti kini, susah untuk aku percaya akan janjinya, kononnya setia selamanya. karut!
Sunday, April 8, 2012
pagi ahad..
moral pagi ini...
KEEP YOUR SECRETS SECRET.!
semua orang mesti ada buat benda yang memalukan, perkara yang tidak patut dibuat atau lain-lain =p.
nda kisah apa yang kau pernah buat, dosa kecil atau besar, malu kecil atau malu besar, lebih baik jangan cerita dengan orang lain. cerita dengan tuhan, ambil iktibar untuk tidak buat lagi.
KEEP YOUR SECRETS SECRET.!
semua orang mesti ada buat benda yang memalukan, perkara yang tidak patut dibuat atau lain-lain =p.
nda kisah apa yang kau pernah buat, dosa kecil atau besar, malu kecil atau malu besar, lebih baik jangan cerita dengan orang lain. cerita dengan tuhan, ambil iktibar untuk tidak buat lagi.
why...?
sebab hati manusia itu berubah-ubah. hari ini dia baik, esok lusa siapa tahu.
dan mungkin,
ada yang akan mengungkit dan menghina. guna cerita hitam yang shared dengan dia sebagai point untuk attack kita nanti.
that time, terasa amatlah hina diri ini.
yup aku hina. aku paham.
Saturday, April 7, 2012
duniawi ku
dugaan dugaan...
perfection itu dugaan. Alhamdulillah, sampai juga aku di semester akhir.
tapi,
CGPA nda cukup untuk sambung second degree. Dan, atas salah sendiri i missed the chance tuk apply tuk second degree. menangis dalam hati ja laa yang mampu. tapi kalau apply pun mesti nda dapat. bukan layak pun.
jerawat itu men'tension'kan. sampai ja shah alam jerawat bertambah lagi, antara bukti home is heaven, sihat ja muka kalu di rumah.
apapun...bercinta masa study memang nda sesuai. tension akan bertambah sepuluh kali kalu bercinta. arghhhh
Saturday, January 14, 2012
dadali...
bukti menunjukkan dia masih sayang dengan orang lama.
aku ni cuma yang pertama pada zahir, bukan yang utama dalam hati.
Wednesday, January 11, 2012
kebebasan menikmati hidup.
dunia akhir zaman, yang haram kini halal. garisan yang memisahkan antara yang batil dan haq sudah mula pudar.
ulama yang dulunya memuliakan Islam kini bersetuju dengan sekularisme.
Hari ini, semakin ramai mula bersuara untuk menuntut hak tanpa batas untuk hidup cara mereka.
-same sex marriage
-homosexuality
-etc (yg sama dengan nya)
Manusia mula merasakan haknya dinafikan untuk dia menikmati hidup caranya bila dia terbatas dengan hukum agama dan undang-undang tradisional.
dikatakan, pemikiran yang melarang kebebasasan hakiki adalah pemikiran kolot. tapi, wajarkah tiada batasan untuk cara hidup? wajarkah undang-undang tidak campur tangan dalam kehidupan privasi individual? contohnya, bila homosexuality dianggap sebagai satu jenayah (sodomy) dikatakan individu itu dinafikan haknya keatas hidupnya. dikatakan juga, itu cara hidup peribadinya, dilakukan didalam rumahnya sendiri dan tidak menjejaskan public secara langsung. oleh itu, dia harus dibiarkan dengan caranya. patutkah?
membunuh dan keganasan domestik juga dilakukan secara sembunyi, yakni bukan dikalangan public. adakah itu memberi hak kepada pembunuh untuk mengatakan undang-undang tiada urusan dengan kehidupan peribadinya.?
bagaimana pula dengan pengedar dadah? bolehkan dia mengadu undang-undang tidak menghormati perlembagaan persekutuan, perkara 8 (equality, bila dia disabitkan jenayah kerana kerjaya dan sumber kewangannya adalah menjual dadah?
pada pendapat saya, kalau same sex marriage dibenarkan penjualan dadah (bukan untuk tujuan perubatan) juga patut dibenarkan kerana ia sumber kewangan individu tertentu. suami yang memukul isteri untuk menunjukkan dan melepaskan rasa marah juga tidak patut dihukum kerana dia ada kebebasan untuk mengekspreskan dirinya..
pssttt... rasa sayang membuatkan diri ini tidak mahu mereka yang disayangi terus melakukan apa yang haram.
Tuesday, January 3, 2012
Nur Amalina Che Bakri...(don't sue me)
from my conservative point of view...

is nur amalina too sexy now (or just sexy)..? TOO sexy maybe not, sexy ass (ops typo) i mean sexy as in hot, nope. she is not hot at all. revealing her aurah. yup, thats the word. she is revealing her aurah.
some may say,
" so suke hati die laa, its her life. whats that got to do with you?"
"where got sexy? thats not sexy." < <-- aku x paham ayat ni
"she have her own life. she doesn't have to listen to all the critiques."
i will say,
"have you ever heard of freedom of expressions."

will u critique this picture of her.? maybe some people will say;
"she must be from kampong."
"she score 17 A with one D, in fashion."
the fact is, no one could run from critiques when the whole country know who you are.
oxford advanced learner's dictionary define sexy as (of a person) sexually attractive.
is this picture sexy? for me, it is sexy.
is being sexy is sinful? if sexy means revealing aurah, its a sin (applicable only if she is a muslim).
what sexy and what not will be interpret differently.
different people will comment differently. we don't live in a world that only allowed one point of view. some may she is sexy now, some will say thats not sexy (unless she is in a bikini). some may say its a sin, some may say "its her life, let she decide what sinful and what not."
there is something called "freedom of expression". if gay marriage is allowed, why can't i say its a sin for her to dress "sexy". its not that i'm throwing stones to her, i'm merely talking.
and its a sin for a muslim to let another muslim committing sin without warning them about their wrong act. Salam.
IMHO...respect others, they will respect you too. don't insult others for being pious or religious. don't blame others for believing there is life after here. don't judge others if they choose to wear purdah or not. its not a crime to give advice to my fellow muslims.
Thursday, December 29, 2011
peduli apa aku
satu hari nda makan nasi, minum air pun nda da.
end up kena maki dalam kereta. huh memang **** laa.
sayonara B***H
Thursday, December 15, 2011
Tuesday, December 13, 2011
cubit paha kanan...
hari ni aku bertambah faham kenapa my mom selalu risau dan gundah gelana bila ada anak dia yang buat hal atau ditimpa hal...hehe.
sebabnya...
- my mom sayang anak-anak dia. walau bukan jasad sendiri yang ditimpa masalah, tapi hatinya terasa juga beban masalah dan malah lebih risau dan resah lagi. Alhamdulillah.
- my mom laa segalanya. lepas tu my dad. teringat pula iklan SSPN hari raya ari tu.
- bila kita nda paham apa yang our mom rasa, mungkin kita akan fikir dia overacted atau emosional lebih. emosi itu perkara biasa laa for girls (bukan stereotype). and my abang akan selalu cakap "nda da apa2 bah tu."
- kadang2 aku rasa, "dorang besar bah suda, pandai2 laa dorang tanggung." tapi hakikatnya, bila sudah sayang, besar atau kecil anak itu, hati tetap sama. risau tetap ada. i love u, mom.
sebabnya lagi...
- hari ni dia 'eksiden'. langgar motor orang. cemas, risau... adoiiiii. kesian dia. Sampai laa hati orang tu buli dia. Orang tu yang salah, sudah lah kurang pandai (dlm bab2 peraturan jalan raya) lesen mati pula dan tidak bayar saman. suka hati ja cakap dia yang salah. adoiii. orang minta maaf tidak berkemampuan akal dan fizikal tuk tolong dia.
-dia cakap, encik polis cakap dia 'inesen' dan senang kena tipu. hehehe memang. kesian dia. orang tidak mampu tolong. minta maaaaaaaaaf sangat2. rasa macam nda mau bagi dia kuar rumah. duduk ja di umah dia tu supaya tiada lagi 'eksiden2' ni.
paha kiri terasa sama sakit.
pssstttt...kalau nda lesen ka lesen mati ka atau nda takut mati ka, tuluuuuuunnggggg laaa! jgn laa menyusahkan orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)

