Tuesday, May 26, 2015

sekali lagi kerana akwa

Terputus bicara,
dia tiada lagi mahu bertemu ku.
dia tiada lagi mahu merindu ku.

Pedih seluruh raga ku,
menanggung beban rindu.
Menanggung beban terluka.

Andai dia mengerti,
aku mahu sekali lagi.
sekali lagi bersama.
sekali lagi mendakap erat tangan.
sekali lagi menatap bibir merah.
sekali lagi merasa hembus nafas.

ku harap dia mengerti.
aku mahu dia menanti ku kembali.
kembali bersama sekali lagi,
selamanya.

Wednesday, February 11, 2015

dia menawan hatiku

Nurzhara,
terlalu manis senyumnya,
bundar matanya bersinar,
halus bibirnya petah berbahasa,
degil ingkarnya melucukan.

Setiap geri diperhati,
setiap gerak ditiru,
terlalu memikat.

Dia menawan hatiku,
tiap detik terkenang,
lirik matanya dirindu,
dia menawan hatiku.

Semoga terjaga oleh Nya,
agar sejahtera dunia,
agar terjamin jannah,
agar solehah hatinya.

Tuesday, February 10, 2015

Kembali bicara...

Bagai sang bisu,
tiada bersuara tiada bicara...

kini,
mahu kembali memegang pena,
menyusun kata mengatur bahasa...

Kini,
mengubat rindu dan luka,
jari tangkas mencarik abjad menjadi kata...

Semoga,
sejahtera hendaknya disini dan disana,
tenang hatinya disini dan disana,
kembali memegang pena.

Kembali bicara.