Friday, May 14, 2010

jujur ja bah...

orang cakap, kebenaran itu pahit..kadang2
dan tipu untuk jaga hati orang (hati ni?)
orang putih pla cakap, honesty is the best policy..kan2.?

aku plak cakap...
cakap ja apa yang betul.

kadang2 kita susah mau cakap terus terang
mungkin sebab
1.malu
2.takut
3.malu lagi..
4.(tambahlah apa2).

kita pikir, kalau kita tipu perkara tu akan selesai
tapi
kita lupa
ada kesan dan impak disitu
dipenghujung, kita pula kena cop penipu..

believe me...
cakap ja yang sebenar-benarnya.
bukan semua hati tidak menerima kenyataan


aku pernah sudah..kau bila lagi?

Friday, May 7, 2010

sampai disini

aku sendiri kembali
selepas setahun(secara kasarnya..)
memujuk dan dipujuk,
rindu dan dirindui,

ia berhenti di sini
cerita kita

terima kasih sayang...

Tuesday, May 4, 2010

entah laa...

dulu jarak kami memang dekat.
meja duduk sebelah ja.
lepas tu...
mula terpisah.
dia pindah sekolah dan aku terkapai-kapai sendiri.
dan lagi..
dia berpindah negeri pula.
bertambah duka di dada.

sekarang, dia semakin jauh.
jauh di seberang laut di negeri orang.

yang ada cuma nukilan tangannya di laman sesawang ini.
setiap hari aku menatap huruf-huruf pilihannya.

ini kah rindu.

Sunday, May 2, 2010

untuk miss N.H, aku sedih mengenang mu.

ada sorang ni, dia pernah aku suka pernah aku rindu. dengar saja nama dia mampu buat aku senyum sendirian. sebut saja nama dia buat aku gembira di hati.

nama dia ni pernah terpahat dalam hati aku. dan dalam hati aku, pernah aku peruntukkan suatu wilayah untuk untuk dia.

dia tahu dan aku tahu dia tahu aku suka dia. tapi dia terima aku sekadar teman dan sahabat. katanya.

kemudian, sesuatu terjadi. suatu rahsia yang ingin aku sembunyikan dari siapa pun terbongkar. terbongkar pada dia.

bermula segala syak wasangka..tapi aku masih menaruh hati untuk dia. masih percaya dan setia.

itu dulu., sekarang bukan seperti dulu. bahagian hati untuknya sudah berkecai. kini hati ini robek hilang bucu.

punah kerana dia. akal mula hilang percaya dan tiap kata-katanya ditafsirkan sebagai pembohongan.

tidak seperti cerita cinta, hati yang patah bisa terubat. hati ini mungkin terubat. bucu yang hilang mungkin tumbuh semula.

tumbuh dan kosong tanpa nama dia disitu. wilayah itu bukan lagi untuk dia...