Thursday, December 30, 2010

bola dan tahun baru..

pweetttttt....
tahniah to malaysian team sebab menang piala aff suzuki dan kepada housemates yang baik hati, thank you sebab nda kisah aku teriak2 satu orang.


dan kepada malaysian..
bersyukur laa, negara kita ja yang paling banyak celebrate tahun baru.
1. awal muharram
2. tahun baru tuk penganut hindu
3. chinese new year
4. tahun baru kalendar masihi

walaupun aku sorang2 tahun baru ni, sebab dia kerja, akan ku hargai tahun ini...
SELAMAT TAHUN BARU 2011, dan sem baru hehe

Wednesday, December 8, 2010

3puteri..

puteri nonoi: dimanakah putera ku ini, tiada jua muncul.
puteri sae: wahahahaha..!! apakah kekanda tersalah dengar atau adinda tersasul dalam sebutan?
puteri adizatul: kanda puteri sae, kekanda tidak tersalah dengar atau kekanda nonoi tersasul. adinda fikir, tentu kekanda puteri nonoi sudah mereng akalnya.
puteri sae&adizatul: hahahaha~~~~
puteri nonoi: sampai hati kekanda puteri sae dan adinda puteri adizatul mempersendakan cinta ini.
puteri sae: cinta konon. setiap hari adinda duduk disini berangankan putera raja itu. sudah sepurnama lamanya namum tiada juga kembali lagi. itukah cinta.
puteri nonoi: adinda yakin, putera edward akan kembali membawa adinda.
puteri adizatul: hahaha..kekanda puteri nonoi, adinda risau edward tiada muncul tetapi singkong yang datang. hahaha.
puteri sae: hahahaha...terima sajalah pinangan putera singkong adinda, katakan saja pada ayahanda raja carl bahawa adinda bersetuju untuk menjadi permaisuri jajahan putera singkong.
puteri nonoi: tidak mungkin kekanda. biar seribu tahun menanti pun adinda sanggup. tinggalkan adinda disini, jangan diganggu hati ini.
pengawal istana: ampun tuanku puteri utama, puteri sae. tuanku putera singkong telah tiba di istana utma membawa rombongan meminang dan tuanku raja carl telah menerima pinangan putera singkong.
puteri sae: hahaha...nampaknya demi kebaikan dan kepentingan negara kita, adinda puteri nonoi kini menjadi permaisuri putera singkong.
puteri nonoi: pengawal, siapakah yang menjadi pilihan putera singkong.?
pengawal istana: patik tuanku, eh sasul lak. geli nok. maksud patik, tuanku puteri adizatul tuanku.
puteri adizatul: tidaaaaaaaaaaaakkkk......!!!!!!! aku mau lari balik sandakan la~~~

Tuesday, October 19, 2010

budak itam pi exam..

noi: oii! kamu mau pi mana tu?
sae: oii! kami mau pi sana.
adizatul: eee!! budak itam 2orang ni. cakap bagus-bagus bah. main oii oii pula.
sae & noi: hehe~~ sori bos.
noi: kamu mau pi mana ni?
sae: pi sana.
carl: oii! apa kamu buat?

"kedebukk!!"

carl: aduhhhh~~~~
adizatul: oi lagi oi lagi!!
carl: hehe~~ best bah.
sae: haha!! kami sudah kena tadi.

budak-budak itam: oii patak, 'apa jg kena-mengena ni dengan exam~~~'

to budak2 itam, lebiu all n good luck tuk examination nnt...anuar zain i lebiu

Tuesday, August 31, 2010

budak2 itam..: " salam kemerdekaan ke 53"

seminggu kemudian...

adizatul: nasib baik hari tu nda jadi puasa kan. kalau tidak, mesti kita tidur lokap sebab nda puasa.

noi: eh..ada pula nda jadi puasa. belum puasa laa. orang tu saja buat lawak.

sae: hahaha!! aku pun pucat sekejap ari tu.

singkong : oi oi..mendeka sudah.! jom tengok bunga api!

adizatul: mendeka..?? tu bahasa jawa mana pula tu?

sae: merdeka laa!!

noi: haha..! bm pun salah. teruk2..

singkong: sasul bah.

tarzain : jom!! jom laa. aku mau tengok bunga pi bah......~~~~

"15 minit sebelum detik 12 malam.."

abang polis: ic! ic! ic!

budak2 itam..: ampun encik, ampun.!! kami lupa bawa ic bukan tiada ic. aduh.~~ percaya laaaa...

abang polis: balai cerita ya..cepat naik lori!!

carl: bye kamu..aku tengok bunga pi lu k.nnt aku dtg amik kamu.

budak2 itam..: uwaaaa...!!

adizatul: tu laa..muka macam orang nda da ic ja.!

singkong: siapa..?

budak2 itam..: kau la!

maka sambut merdekalah mereka didalam lori, nasib baik bukan tidur lokap..

Friday, August 13, 2010

Tarzain

mesti kamu pernah dengar pasal cerita Tarzan (Disney) kan. tapi pernah kamu dengar pasal cerita Tarzain..??

"meh sini, duduk dekat-dekat. biar atuk cerita pasal Tarzain ni."

begini ceritanya...
masa zaman dulu, beberapa tahun yang lalu, lahir seorang budak lelaki. dan dipendekkan cerita, sekarang dia sudah pun besar.
Tarzain ni suka dengar lagu Anuar Zain. dimana pun, bila terdengar lagu Anuar Zain mesti dia senyum dan tersengih. ish ish....
dikala sedih pun dia dengar lagu Anuar Zain sambil melalak-lalak kuat menyempitkan gegendang telinga jiran tetangganya.

sehingga suatu hari, Tarzain berjalan ke kelas. dia terserempak dengan si baju merah, opss..
maka wujud satu fenomena asing, terlalu asing buat Tarzain. terasa seperti darah yang mengalir dari jantung ke matanya kini turun ke hati. wajah si baju merah terus terpaut...tiba2.

singkong: Oii..!! mengelamun ja.
Tarzain: Ha? cakap dengan aku ka.?
Sae: ko ni sihat ka? macam orang demam ja aku tengok.
Noi: ko sudah makan belum? jom, kami mau pi makan ni.
Tarzain: makan di mana?
singkong: di hati laa~~~...
carl: jom cepat..! aku lapar ni.
adizatul: yeah, yeah! makan-makan!!

didalam proses memakan pula, tiba-tiba lagi...

Orang: selamat tengahari. boleh saya tengok ic kamu semua.?
Budak-budak itam: boleh, boleh ja bah..
Orang: kamu dari JAKIM...
Budak-budak itam: APA???!
adizatul: jeng jeng jeng...!!

selamat menunaikan ibadah puasa, semoga keberkatan itu dapat kita perolehi..salam

Friday, June 18, 2010

haloo n hi

2hari lepas ada orang cakap aku boleh tahan..muka k.
kiut n sedikit hensem.
but since aku nda makan puji aku nda kisah pun.
hakikat aku memang nda hensem mahupun kiut.(aduhh!!!)
but...
yang sakit hatinya,
ada orang suka2 ja cakap aku hodoh sebab aku nda layan
eee....
aku budak baik bah(kadang2)

and

cerita budak itam akan bermula semula dalam satu
pengembaraan bersiri.hahaha

Thursday, June 3, 2010

rumah manis rumah...

betulka juga ayat tajuk tu..??huhu

tapin betul lah, tiada tempat paling best selain rumah. nda kirala macammana pun rumah itu.

wahahaaa..nda dapat gambarkan yang aku hepi melamapau sampai umah.
and benda yang buat aku gila bila kau buka almari.
ingatkan mau ambik Quran, tuk baca yassin,
sekalinamapak benda lain..huhu

MR MONKEY!!!!!!
miss u mucho2.hehe

time tuk tido and makan and kartun.

bisuk balik kampung.


p/s nonoi sori nda da contact ko.busy2.practice siang malam.n penat.julai kt jumpa

Friday, May 14, 2010

jujur ja bah...

orang cakap, kebenaran itu pahit..kadang2
dan tipu untuk jaga hati orang (hati ni?)
orang putih pla cakap, honesty is the best policy..kan2.?

aku plak cakap...
cakap ja apa yang betul.

kadang2 kita susah mau cakap terus terang
mungkin sebab
1.malu
2.takut
3.malu lagi..
4.(tambahlah apa2).

kita pikir, kalau kita tipu perkara tu akan selesai
tapi
kita lupa
ada kesan dan impak disitu
dipenghujung, kita pula kena cop penipu..

believe me...
cakap ja yang sebenar-benarnya.
bukan semua hati tidak menerima kenyataan


aku pernah sudah..kau bila lagi?

Friday, May 7, 2010

sampai disini

aku sendiri kembali
selepas setahun(secara kasarnya..)
memujuk dan dipujuk,
rindu dan dirindui,

ia berhenti di sini
cerita kita

terima kasih sayang...

Tuesday, May 4, 2010

entah laa...

dulu jarak kami memang dekat.
meja duduk sebelah ja.
lepas tu...
mula terpisah.
dia pindah sekolah dan aku terkapai-kapai sendiri.
dan lagi..
dia berpindah negeri pula.
bertambah duka di dada.

sekarang, dia semakin jauh.
jauh di seberang laut di negeri orang.

yang ada cuma nukilan tangannya di laman sesawang ini.
setiap hari aku menatap huruf-huruf pilihannya.

ini kah rindu.

Sunday, May 2, 2010

untuk miss N.H, aku sedih mengenang mu.

ada sorang ni, dia pernah aku suka pernah aku rindu. dengar saja nama dia mampu buat aku senyum sendirian. sebut saja nama dia buat aku gembira di hati.

nama dia ni pernah terpahat dalam hati aku. dan dalam hati aku, pernah aku peruntukkan suatu wilayah untuk untuk dia.

dia tahu dan aku tahu dia tahu aku suka dia. tapi dia terima aku sekadar teman dan sahabat. katanya.

kemudian, sesuatu terjadi. suatu rahsia yang ingin aku sembunyikan dari siapa pun terbongkar. terbongkar pada dia.

bermula segala syak wasangka..tapi aku masih menaruh hati untuk dia. masih percaya dan setia.

itu dulu., sekarang bukan seperti dulu. bahagian hati untuknya sudah berkecai. kini hati ini robek hilang bucu.

punah kerana dia. akal mula hilang percaya dan tiap kata-katanya ditafsirkan sebagai pembohongan.

tidak seperti cerita cinta, hati yang patah bisa terubat. hati ini mungkin terubat. bucu yang hilang mungkin tumbuh semula.

tumbuh dan kosong tanpa nama dia disitu. wilayah itu bukan lagi untuk dia...

Sunday, April 18, 2010

susuk dan kau

kala malam..
susuk datang menuntut korban.
menuntut janji dikotai.

wajah jelita mu kau taruhkan..
terseksa kau menjaga larangan.
sekali kau ingkar
punah jelita wajah

tiada yang terselamat..

Thursday, April 8, 2010

Tuesday, March 30, 2010

tersungkur....

kau merindui dia
dia tiada langsung mengingati mu
dan kau terus merindu

dia sudah dimiliki
dan dia sudah memiliki
hatinya terkunci berpagar jauh dari mu


bukan dia yang tertulis untukmu...

Monday, March 29, 2010

sengal dan pagi..

7.30 pagi, aku turun nak beli kuih. smpai di gerai makcik tu..

sang a: ko tahu nya*, tadi masa ma* nak beli kuih ada mamat keding tapi ho* nya*..

sang b: ar ah nya*.., dah tu ko tak ayat die ker nya*..?

sang a: tak nak aku.!! aku buat2 jual mahal laaa...

sang b: elehhh..muke dah bekedut nak jual mahal..dasar ma*..

sang a: kedut2 pun laku (sengau sket)...

sang b: ko nmpk tak dia balik blok mn nya*.?

sang a: ish ko ni, gedik tak bertempat..tapi kan tadi dia asyik pandang aku jer. maluu ma*.

sang b: elehh ko sorang jer prasan.

sang a: betul nya*..sebab aku turun tak basuh muka~~~

satu blok tahu dia nda basuh muka..

Friday, March 26, 2010

laila..
mana kau menghilang.
aku kini bagai Qais.
tercari-cari bayang mu yang kian hilang..

laila..
kembali semula kesini.
jangan biar aku sendiri.
tercari-cari wangian mu yang kian pudar..

laila..
aku gila sendiri.
mengharap kau muncul lagi.
tercari-cari susuk mu di bibir tingkap..

laila..
ku kirimkan angin bayu.
membawa salam rindu padamu.

Saturday, March 20, 2010

tidak aku mampu menanggung rindu

hujan..
kau gambarkan lah sedih hati ini,
kau hiburkan lah derita hati ini,
kau ubatilah sakit hati ini..

kilat..
sudikah kau berbicara dengan ku.
sudikah kau mendengar ratap hati ku.

angin..
tiuplanlah siulan mu,
hiburkanlah sepi ini,
dodoikanlah tidur malam ku.

wahai malam...
mengapa perlu hati merasa pilu.
salahkah hati ini merindui dia.

wahai mimpi..
hilanglah dari tidur ku,
biarlah dia hilang dari ingatan.

akankah ada redha untuk rasa ini.
mungkinkah ada izin untuk ku lafazkan rindu...

Wednesday, March 17, 2010

its my birthday...

skrang ni pukul 2.17 pagi wamtu Malaysia..dan aku tak dapat tidur sebab sakit kepala makan banyak coklat.

orang pertama yang ucap selamat hari jadi ialah Nonoi.
thank u thank u..

disebabkan phne rosak , aku tak dpat balas mesej kembar aku..Happy birthday kembar.

yang best..
disebabkan tak boleh bela kucing, kawan serumah aku yang baik hati hadiahkan ...anak kucing, patung..yeah!!!

terima kasih semua...

Sunday, March 7, 2010

sekadar mimpi semalam

situasi yang serupa dengan yang dulu,
kedudukan masa yang hampir sama,
dan keinginan di hati yang sama.!!
andai dulu baby milo kini lolipop...

hati masih merintih mahukan dia,
nafsu membuak idamkan dirinya,
akal mencari-cari alasan untuk memiliki dia,
namun,
akal terus menentang,
dan sepertinya dia perlu aku lupakan...dalam kesedihan hati ini
(arghhhh!!!!)



andai aku miliku dirimu, pasti hati ini melonjak gembira







namun mimpi akan hanya tinggal mimpi



Sunday, February 28, 2010

ubi kayu

ke mana hilang kawan aku..?
ke mana hilang kutuk-kutuk mesra..?
ke mana hilang sesi lepak bersama menatap langit malam..?

kepada kawan,
sememangnya kau sedikit menyakiti hati,
tapi mungkin kerna kau kawan aku masih perlukan kau.

tidak aku perlu akal mu,
tidak aku perlu material mu,
aku cuma mahukan gelak lucu yang dulu...

Friday, February 19, 2010

pyar...

saat cinta pada insan mula bertapak di akalnya, hati semakin buta. buta untuk mengenali yang mana benar dan yang mana salah.

saat cinta mula menapak didalam hatinya, jiwa mula merasa ragu. ragu pada naluri sebenar seorang insan bergelar lelaki.

saat cinta mula bertapak didalam kalbu, matanya semakin kabur. kabur untuk melihat siapa cinta sebenar.

saat cinta mula menjadi persoalan, imannya semakin nipis. senipis sutera cina.

saat cinta sudah bertapak didalam darah, nafsu menjadi raja. raja yang membatasi hukum Tuhannya. salam.

Wednesday, January 27, 2010

kawan kah..

wahai camca teh ku...
pernahkah kau berkawan dan menjadi seorang kawan.? pernahkah kau merasa benci pada seseorang yang kau katakan seorang kawan.? pernahkah kau merasa kasih pada seorang kawan.?

camca teh ku, katakanlah pada aku. bagaimana bisa aku mengubati sakit hati ini. katakanlah camca teh ku, mengapa aku bukan seperti aku yang dahulu.?

camca teh ku, pernahkah kau mula kenal pada kawan mu lebih dalam dan rapat.? dan kau merasa dirinya bukanlah sebaik yang kau sangka tapi cuma sekadar secebis duri didalam hati yang sentiasa menyakitkan.

camca teh ku, aku juga kini berubah. pada suatu petang maghrib yang lalu aku menyedari siapa di hati. apa yang harus aku lakukan wahai camca teh ku.? aku terkeliru adakah benar dia yang aku rindu. mula rindu setelah dia dimiliki oleh orang lain. orang lain yang dekat dengan ku.yang berkongsi bumbung dengan ku disini.
aku cemburu kah.

aku keliru camca teh ku..aku bingung