Thursday, July 30, 2009

perpisahan kita..bukan tuk selamanya

ini bukan untuk selamanya

jari-jemari mu yang sentiasa bermain
urat-urat yang semakin menegang
hembusan nafas yang deras
degup jantung yang pantas

senyum dan tangis pada wajahmu
rasa puas dalam dadamu
benci yang menebal di hati
itu bukan selamanya

deras dan lemah langkah kakimu
lelah dan tinggi semangatmu
bangga dan malu dirimu
itu bukan selamanya

perasaan ini cerita ini
cinta kita kasih kita
tersimpan dalam dada dan akal ku
walau bukan selamanya

aku mahu kau tahu
dalam malu dan berahi cinta kita
aku mahu kau tahu
dalam indah dan benci kasih kita
aku mahu kau tahu
ini bukan untuk selamanya

akan tiba masa
semuanya dipersoalkan

akan tiba masa
pembalasan akan dijatuhkan

akan tiba masa
kita akan dipisahkan

akan tiba masa
cerita kita akan dipertontonkan

akan tiba masa
akan kita sesali cinta ini

sebelum ia tiba
aku mahu kau tahu,
kau pernah kudakap penuh kasih
kau pernah kuidamkan kala malam
kau pernah menjadi teman tidurku

walau ini bukan untuk selamanya
walau ini akan kusesali di mahsyar
walau ini dipertikaikan iman dan moral
kita pernah bersama...

No comments: