Tuesday, January 6, 2009

i love Mr driver

plot masa sebuah malam diantara maghrib dan isyak. latar tempat di dalam sebuah kereta proton. terdpat imbas semula dua hari sebelum..

watak utama..aku
watak pembantu seorang pemandu lelaki dan dua orang kaum hawa...

si kaum hawa duduk di belakang. dan aku senyap di tempat duduk sebelah pemandu. tatkala enjin mula berdengung aku membisu tanpa suara walau tuk menyapa si pemandu.
terasa atmosfera yang sedikit tegang. aku, berazam tuk terus menyepi sabagai tanda protes atas apa yang berlaku dua hari lalu.

di atas meja makan berdua si anak adam menjamu hidangan tengahari yang menusuk hidung. terkumat kamit mulut nya seakan memuji si ikan bakar.
saat isi-isi ikan lumat, termuntah sebuah persoalan darinya.."jadi lepas ni macam mana?"
dipendekkan cerita, berpunca dari soalan mukadimah itu aku dan "jejaka" ini bertegang urat membela pendapat masing2. tanpa peduli orang yang ada aku enggan mengalah, aku tetap dengan pendirian ini.

dan hari-hari esoknya aku terus membisu dan cuba untuk tidak bertembung dgn lelaki berjambang itu. dan malam itu aku terus membisu di sisinya. sejam yang sepi.

namun di dalam sepi itu terimbas kisah2 kami yang lalu.
dulu...
bila dia mula bercerita pada aku dan aku terus tersenyum bersetuju walau apa jua yang dia katakan.
terlintas kata-katanya bila dia memuji kereta proton saga nya. apa yang telah dia dan si hawa berdua itu lalui bersama si proton.
rasa sayangnya pada proton itu seperti menjemput aku untuk turut sama menyayangi si proton. dan malam itu aku berazam di hati akan ku sayangi si proton itu. dan akan ku kekalkan memori yang ada bersama proton itu.

aku bersalah mebuat pemandu kesayangan ku terpaksa beralah padaku tempoh hari. seharusnya aku diam sahaja meng iya kan kata2 nya kerna aku tahu setiap apa yang dilafazkan lidah nya atas dasar kasih kami.
pernah sekali, aku membiarkan pemandu kesayangan ku sendiri tanpa aku peduli menukar tayar si proton yang bocor. malah aku mengadu tanpa kisah peluh yg menitis di dadanya..

malam itu ingin saja aku lafaz segala rasa sayang yang terbina sejak dulu namun rasa malu membataskan..ingin saja ku cium tangan nya merayu ampun.
terlalu tinggi himpunan dosa2ku padanya sekian lama kami bersama. dan tidak pernah aku merayu maaf darinya..namun dia sentiasa memaafkan. aku kenal dia. dia tidak menyimpan sakit nya di hati. akan dia lepaskan semua bersama maaf. itu laa pemandu kesayangan aku.

aku rela lepaskan semua demi dia, andai mampu aku tebus airmatanya akan ku tebus dengan darah ini.

selama aku menyedari kehadirannya dalam hidup aku, cuma sekali aku merasa pelukkan nya dan tanpa ego lelaki nya dia lafazkan sayang pada ku...
aku tahu kasihnya tidak pernah berubah walau dengan kehadiran insan baru.

dan aku akan tetap selalu menyimpan kasih ini kerana dia laa lelaki pertama yang aku cintai.
siapa dia usah di peduli, walau sampai kesebarang alam sana dia tetap dihati ini. walau terbelah langit tujuh, hakikat kami berkasih tidak mungkin berubah. dia the boss

No comments: