Saturday, January 31, 2009

aku tidak mengharap kesempurnaan...

benci ini bukan kerna kau berubah,
benci ini bukan kerna kau bukan milikku.

dan bukan aku membenci,
dan bukan aku mengharap dirimu,
dan bukan aku ingin kau hilang dari memoriku.

tidak mengapa jika kau berubah,
tidak mengapa andai teman tidak bisa menjadi kekasih,
tidak mengapa jika kau sakiti aku sejuta kali pun.

aku sedar aku sebagaimana sifatnya,
aku sedar terlalu jauh mungkinnya kau kekasihku,
aku sedar tiada mungkin kau kabulkan ijab ku.

tapi,
kata-katamu tempoh hari terlalu pahit,
terlalu menusuk di jantung yg terukir senyummu,
kau lafazkan jua kata itu,
yang dulu kata mu menjadi rahsia.

kau mungkiri janji palsu itu,
kau ungkit kembali cerita derita itu.

aku mahu kau tahu,
aku berubah untukmu.
aku mahu kau tahu,
aku rela bertepuk sebelah tangan.
aku mahu kau tahu,
bukan mudah melupakan walau selaput benci menebal.
dan aku mahu kau tahu,
kau kini cerita silamku dan aku cerita hitammu...




maafkan laa aku
tidak tertanggung dosa ini

No comments: