Wednesday, July 6, 2011

chef nguk

Selamat datang puan-puan sekalian, hari ini kita sangat bertuah kerana berkesempatan untuk mempelajari resepi masakan daripada Chef Nguk. Ya silakan encik chef.

Chef Nguk : kita ringkas kan dialog ya puan-puan. hari ini saya akan tunjukkan resepi "nasi ego".
sila keluarkan pen dan kertas yer sebab resepi ini tidak ada dimana-mana blog atau laman sesawang. buat puan-puan yg berada di rumah, bagi yang sedang melipat kain tidak pa. gunakan saja baju sekolah anak-anak puan.

mula2, hantar mesej kepada girlfriend, boyfrienf, suami atau pun isteri mahupun skandal anda. tunggu sehingga terbit bibit ego pasangan anda itu mula muncul.

lepas tu, masukkan hati anda yang sedang luluh tadi setelah diignore oleh pasangan anda dan tunggu sehingga 1 atau 2 jam. jika masih belum ada balasan mesej.

jika masih belum ada balasan maka siap laa suda resepi kita. hidangkan laa didalam apa jua bekas yang ada. s

selamat menjamu hidangan hati masak kicap berulamkan jantung dicecah atas sambal hempedu dan tidak lupa sup air mata. bagi yang berkemampuan lebih, hidang kuah boleh juga dihidang sebagai air mata darah.. terima kasih.

2 comments:

scarletmihuhu said...

hahahaha.. punya sadap niy joo

iki said...

hahaha terbaik bah ni