Sunday, May 2, 2010

untuk miss N.H, aku sedih mengenang mu.

ada sorang ni, dia pernah aku suka pernah aku rindu. dengar saja nama dia mampu buat aku senyum sendirian. sebut saja nama dia buat aku gembira di hati.

nama dia ni pernah terpahat dalam hati aku. dan dalam hati aku, pernah aku peruntukkan suatu wilayah untuk untuk dia.

dia tahu dan aku tahu dia tahu aku suka dia. tapi dia terima aku sekadar teman dan sahabat. katanya.

kemudian, sesuatu terjadi. suatu rahsia yang ingin aku sembunyikan dari siapa pun terbongkar. terbongkar pada dia.

bermula segala syak wasangka..tapi aku masih menaruh hati untuk dia. masih percaya dan setia.

itu dulu., sekarang bukan seperti dulu. bahagian hati untuknya sudah berkecai. kini hati ini robek hilang bucu.

punah kerana dia. akal mula hilang percaya dan tiap kata-katanya ditafsirkan sebagai pembohongan.

tidak seperti cerita cinta, hati yang patah bisa terubat. hati ini mungkin terubat. bucu yang hilang mungkin tumbuh semula.

tumbuh dan kosong tanpa nama dia disitu. wilayah itu bukan lagi untuk dia...

No comments: