nota-nota kecil dari akal tercapai oleh hati
tertulis ia datang dari kotak memori
bersama nota nota kecil himpunan fail fail
terdetik pada naluri hati ingin meratah isi fail fail
cuba mencari apa usul yang ada pada fail-fail
saraf saraf motor terhenti
ditahan hati
impuls yang dikirim dari akal dibawa bersama
hati cuba menyelongkar apa didalam fail fail
tertanya-tanya hati
mengapa fail fail dari kotak memori dibawa keluar
mengapa ada nota nota kecil menjadi memo untuk saraf motor
diselak selak fail fail
cerita cerita dari kotak memori yang dibawa keluar
diteliti satu persatu fail fail
hati tiada mengerti
mengapa memori tentangnya dibawa keluar
jauh dari kotak memori
apa gerangan akal mengarahkan saraf motor sebegini
diperhati pada nota nota kecil
pada satu perkara hati tidak menduga
terkejut menatap pada kenyataan pada nota nota kecil
akan dilupus fail fail
fail ingatan pada dia
dia yang diidamkan hati
dilupus menjadi angan
diakhiri nota nota kecil
terlihat hasil tulis tangan dari iman
rupanya akal telah diperintah iman
kotak memori telah digeledah insaf
hati memberontak
tiada mahu dia membenarkan saraf motor berlepas
mengapa dan mengapa soal hati pada akal
kerana iman dan dosa
kerana hukum alam
kerana lelaki dan perempuan
kerana nurul dan demi nurul dan farid
hati diam
hati rindu
hati diam
hati mengerti erti haram
hati diam
terus saja diam...
1 comment:
sometimes, hati tak suke terus diam. kata2 hati perlu diluahkan. hati tak perlu terus membisu. kata jiwa perlu dilontarkan. biar si pembuat nota kecil tau, si pemilik hati nda pernah lupa akan dirinya.
=)
Post a Comment