since aku jnji ngan dirah terpaksa laa aku poos ni. first time ni..tema, budi bahasa.
Muka macam Cina tapi cakap Melayu lancar tapi bukan Cina pun bukan Melayu. Bila masuk ke kedai Cina tentu saja pertanyaan aku dijawab dalam bahasa Cina dan bila datang rumah Melayu kadang-kadang teragak-agak tuan rumah hendak menjawab salam aku.Pada fikiran aku tentu susah jika terus saja masyarakat sekeliling menganggap aku Cina bukan Cina dan Melayu bukan Melayu. Menjadi rakyat Malaysia itu bukan satu masalah kerana ada Melayu yang bertutur bahasa Cina dan ada juga Cina yang fasih bertutur bahasa Melayu.
Ini kisah aku yang bermuka seperti orang Cina dikatakan berbangsa Siam tapi sebenarnya bukan. Satu peristiwa yang sama
didalam dua perjalanan pada destinasi yang berbeda. Aku mulakan dengan perjalanan aku menuju Kampung Berjaya di Jeniang. Niatku ingin melawat keluarga angkat disana setelah setahun berlalu. Setahun mungkin sekejap saja tapi memori setahun lalu sudah pudar. Sukar bertambah susah bila aku tiada tahu jalan untuk sampai ke sana. Bermula di stesen bas Sungai Petani. Aku berdiri di tepi bas yang tertulis Jeniang. Kerana ragu dan risau aku bertanya pada seorang wanita di tepi aku.
“Akak, bas ni lalu Kampung Berjaya tak?” aku selitkan sekali senyuman.
“Ha, tak kenal tak kenal.” Dengan pantas dia menoleh ke arah lain.
Aku bingung sendiri tapi aku senyum saja. Aku cuba tafsirkan soalan yang aku ajukan tadi. Berkenaan orangkah berkenaan tempat. Tidak mengapalah fikirku. Pada penumpang lain aku ajukan soalan yang sama tapi tiada jawapan yang merujuk kepada kampung itu. Walaupun begitu aku masih sampai ke sana. Setelah pulang dari Jeniang aku fikirkan semula apa yang terjadi. Aku tanyakan seorang kawan dia katakan mungkin perempuan itu fikirkan aku orang Siam. Perkauman fikirku.
Perjalanan yang kedua, Langkawi menjadi destinasi ku. Aku seorang saja berjalan. Sama seperti sejarah Jeniang, aku langsung tiada pengetahuan bagaimana hendak ke pulau sana. Menggunakan prisip malu bertanya sesat jalan, aku bersoal tanya pada siapa yang aku rasakan sesuai sepanjang perjalanan.
“Assalammuailakum pak cik, bas nak ke jeti Kuala Kedah yang mana?” aku senyum saja.
“Adik ikut pak cik ni. Naik bas ke Pekan Rabu dari sana adik boleh naik bas ke Kuala Kedah.”
Aku tersenyum saja walau salamku tiada balasnya tapi soalan yang diaju dijawab sopan dan lembut. Dipendekkan cerita aku selamat sampai dan pulang dari Langkawi dan kembali berbaring di dalam Malinja ini. Dalam gelap bilik, aku
imbau semula pengalaman baru aku selama berada di dalam perjalanan pergi dan pulang dari Jeniang dan Langkawi. Aku sedar akan sesuatu. Tidak kira pada bangsa apa pun yang wajah aku biaskan andai tiada sopan dalam bicaraku senyum manis akan terbazir terbuang saja. Selembut mana pun bicaraku andai tidak kena pada caranya belum tentu ada balasan untuk soalan yang diajukan. Aku sedar walau siapa pun aku, tanpa sopan dalam bahasa tiada yang sudi memandang dan tiada yang akan ikhlas dalam membantu. Senyum dan salam, sopan bicara dan tatasusila bagi aku itulah budi bahasa. Antara Jeniang dan Langkawi aku belajar erti sebenar budi bahasa.
(boring kan!! menang pun sbb tak ramai yg hntr.)
3 comments:
Oh... Cam2 la cite die...
Ingatkan cite die lg panjang...
Nanti post lagi eh kalau ko g jeniang lagi...
Aku menanti...
POST tau!
waaah.. okae la~ at least dpt numbur 2.. kekkee~ blanja fudkot nnt ar..
aku pendekkan cita tu sbb tak leh lbih 500.
alaa dpt hamper ja, satu mlm abis kami makannn!!
Post a Comment