Saturday, July 9, 2011

definisi setia

loyal atau setia.. mengikut kamus oxford student's dictionary of english
"not changing in your friendship or belief"
tapi..
apa pula definisi curang.?
curang itu berbeza-beza perlakuannya. curang itu subjektif dari segi praktikalnya.
namun begitu, sama-sama laa kita menjaga hati. kerana aku masih sayang

Wednesday, July 6, 2011

chef nguk

Selamat datang puan-puan sekalian, hari ini kita sangat bertuah kerana berkesempatan untuk mempelajari resepi masakan daripada Chef Nguk. Ya silakan encik chef.

Chef Nguk : kita ringkas kan dialog ya puan-puan. hari ini saya akan tunjukkan resepi "nasi ego".
sila keluarkan pen dan kertas yer sebab resepi ini tidak ada dimana-mana blog atau laman sesawang. buat puan-puan yg berada di rumah, bagi yang sedang melipat kain tidak pa. gunakan saja baju sekolah anak-anak puan.

mula2, hantar mesej kepada girlfriend, boyfrienf, suami atau pun isteri mahupun skandal anda. tunggu sehingga terbit bibit ego pasangan anda itu mula muncul.

lepas tu, masukkan hati anda yang sedang luluh tadi setelah diignore oleh pasangan anda dan tunggu sehingga 1 atau 2 jam. jika masih belum ada balasan mesej.

jika masih belum ada balasan maka siap laa suda resepi kita. hidangkan laa didalam apa jua bekas yang ada. s

selamat menjamu hidangan hati masak kicap berulamkan jantung dicecah atas sambal hempedu dan tidak lupa sup air mata. bagi yang berkemampuan lebih, hidang kuah boleh juga dihidang sebagai air mata darah.. terima kasih.

Friday, July 1, 2011

jack dan benih kacang ajaib

cikgu patak : murid-murid itam, eh sasul ja bah. siapa sudah pernah baca buku cerita jack dan kacang ajaib?
munyit: sigu, siya pernah baca. cerita dia ada gergasi, pokok kacang yang tinggi, angsa bertelur emas dan lain-lain.
budak-budak itam : kami pun pernah. sigu pernah baca kah?
cikgu patak : cikgu nda pernah baca sebab tu cikgu tanya kamu. sekarang cikgu mahu tanya apa penghujung cerita tu?
singkong : ermm... tu gergasi kejar jack tapi jack tebang tu pokok kacang. gergasi tu jatuh dari atas sampai ke bumi dan mati di tempat kejadian, sigu.
lunguk : ee! bukanlah. bukan macam tu sigu, tu belum hujung lagi. tu pokok kacang kan tinggi, jadi bila tumbang kena laa atas bumi. menurut laporan daripada siasatan yang telah dijalankan oleh JKK kampung, 15 buah kampung kena hempap melibatkan 831 buah rumah dan satu reban ayam.
cikgu patak : hah??? *garu kepala
munyit: lepas tu, jack jadi tuan tanah kepada 15 buah kampung yang tiada penduduk tu. and he live happily ever after.
iki : salaaah~~~ dia kena tangkap oleh raja syafiq, pemerintah kerajaan putih, dan dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat kerana cuai hingga menyebabkan kematian.
lunguk : bukan dia membela diri dengan alasan "self defence" ka?
munyit : ya, tapi nda kena terima sebab dia pun salah sebab menceroboh harta "gergasi" tu. kira membunuh tanpa niat laa.
cikgu patak : *pening sudah.

minggu pertama praktikal di mahkamah magistret sudah selesai, minggu depan di session court pula. so far so good, hehe. separuh hati tertinggal di putrajaya, sebelah ja ada di KK ni tapi apa boleh buat pasrah ja lah.

Sunday, June 19, 2011

limited or unlimited..

budak itam : selamat pagi cikguuuu~~~
cikgu patak : selamat pagi budak-budak itam, eh sasul pla, i mean murid-murid. duduk semua.
singkong : terasa aku bah.
cikgu patak : budak, eh salah lagi, murid-murid. siapa tahu apa itu limited dan unlimited.
nonoi : cikgu, secara literal limited itu bermaksud terhad atau terbatas dan unlimited itu tidak terhad dan tidak terbatas.
cikgu patak : bagus noi. bagi cikgu contoh yang mewakili keduanya.
sae : hati, cikgu.
adizatul : ish, sae ni jiwang.
cikgu patak : kenapa hati?
iki : dengan hati, kita membataskan dan kerana hati kadang-kadang batasan menjadi halimunan.
cikgu patak : aduh, aku ni ajar budak tadika atau budak-budak itam yang minat tengok drama melayu ni..???

bila insan memilih untuk membataskan kasih dan sayang di hatinya, akan kekalkah kasih itu atau akan wujud tarikh akhir dimana ia akan pudar dan hilang ditelan masa.?

Monday, June 13, 2011

erti sayang

cikgu patak : ok murid-murid cikgu yang itam, hari ini cikgu akan ajar erti sayang. siapa tahu apa itu sayang?

sae : sayang tu "berkongsi cerita, air, dan makanan" cikgu.
aizatul : sayang is cinta.
carl : sayang sama dengan memahami antara satu sama lain cikgu.
nonoi : sayang itu suatu perasaan yang sukar diterjemah melalui kata-kata tetapi indah pada perlakuan, cikgu.
iki : sayang itu setia, Akwa, memaafkan dan memohon maaf, memahami, menjaga hati dan berlaku baik sesama insan, cikgu.

cikgu patak : kamu ni kulit ja itam, hati jiwang. *muntah purple.

pssttt~~~ sayang itu kadang-kadang boleh disalah erti antara cinta dan kasih. namun benci itu akan jelas kelihatan samada dari kata-kata atau tingkah laku. aku bukan boipren yg baik, aku tahu. sorii

Sunday, June 5, 2011

ayat-ayat cinta...

pada suatu petang, dikala budak-budak itam sedang memboringkan diri..

adizatul : ee!! ko tengok ayat-ayat cinta??
sae : eee!! jiwang juga ko ni??
carl : apa barang tengok ayat-ayat cinta, transformer la best!
xang : dating lagi best..
budak2 itam : HI Xang, lama nda jumpa.

singkong :" maafkan bila ku tak sempurna, cinta ini tak mungkin ku cegah.."
budak2 itam : *muntah kuning pink ijau merah jambu~~

i lebiu~~

Friday, May 13, 2011

biru langit

aku pikir,
cerita kami sudah berakhir..
dia yang baru mengubat hati..

hakikatnya,
aku masih merindu..
air mata masih mengalir..

kasih dia terlalu dalam di hati ini, terlalu tebal kesan yang tertinggal..
ya,
aku masih merindu, aku masih sayang tapi tiada mampu berulang semula. sudah terlambat untuk kita kembali berpimpim tangan. salam